Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia melepasi ½ juta kes Covid-19

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia mencatat jumlah tertinggi melepasi setengah juta kes jangkitan Covid-19 kelmarin setelah ia merekodkan 5,534 kes baharu, yang membawa kepada 511,836 kes keseluruhan sejauh ini.



Perangkaan yang dibentangkan pasukan bertindak Covid-19 juga merekodkan 114 lagi kematian, menjadikan 16,225 yang terkorban keseluruhannya.



Indonesia merupakan negara terbesar di Asia Tenggara mencatat jumlah kes jangkitan dan kematian tertinggi akibat koronavirus di nusantara ini.



Secara purata, terdapat sekitar 4,000 kes baharu sehari di Indonesia bulan ini, dengan lonjakan kes berlaku di beberapa wilayah hingga mengakibatkan hospital sangat sesak di Tanah Jawa.



Indonesia akan mula melaksanakan kempen vaksinasi besar-besaran sebelum akhir tahun ini.



Jika diluluskan oleh agensi ubat-ubatan dan makanan, Indonesia, yang didiami 270 juta penduduk, menjadi negara pertama di dunia yang menawarkan vaksin koronavirus kepada umum.



Jumlah jangkitan yang dihadapi meliputi kesemua 34 wilayah di Indonesia, dari Aceh hingga Papua.



Secara lebih rinci, terdapat 505 daerah dan kota merentasi kesemua wilayah tersebut.



Ini bermakna, kes Covid-19 sudah menular di lebih 98 peratus wilayah negara itu.



Penularan ini memberi tekanan kepada pentadbiran Presiden Joko 'Jokowi' Widodo, yang berdepan kritikan sebahagian rakyat - menganggap respons pemerintah sebagai "lembap" sejak bermulanya pandemik.



Keadaan tidak membantu dengan kepadatan Pulau Jawa yang dihuni sejumlah 141 juta penduduk, dalam keluasan saiz serupa Nicaragua, di rantau Amerika Tengah.



Pada awal penularan berlaku, pemerintah Indonesia dilihat cuba memperkecilkan keadaan, mengharapkan penduduk tidak berasa cemas, namun keadaan terus bertambah buruk.



Perangkaan menunjukkan, Jakarta mencatatkan jumlah kes jangkitan harian tertinggi dengan lebih 1,200 kes dicatatkan kelmarin.



Ini diikuti dengan Jawa Tengah dengan lebih 1,000 kes.



Jawa Barat mencatat lebih 740 kes sementara Jawa Timur pula melebihi 400 kes.



Secara keseluruhan, kes jangkitan di Jawa Tengah telah melepasi jumlah keseluruhan kes di Jakarta, mencecah sekitar 12,000 kes berbanding hampir 9,000 di ibu kota itu.



Jawa Timur menghadapi lebih 4,200 kes jangkitan setakat ini.



Secara keseluruhannya, jumlah kes Covid-19 sedunia kini telah mencecah 60.4 juta, dengan 38.7 juta dilaporkan telah sembuh manakala 1.42 juta telah meninggal dunia.



Filipina merupakan negara kedua di Asean dengan jumlah terbesar kes jangkitan Covid-19 dengan 422,915 kes, disusuli Myanmar dengan 83,566 kes sejauh ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >