Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia mula beri vaksin Sinovac kepada mereka berusia 59 tahun ke atas 8 Feb

Feb 07, 2021 | 05:49 PM



INDONESIA akan mula memberi vaksin kepada mereka yang berusia 59 ke atas pada Isnin (8 Feb), dalam usaha terkini untuk menyekat jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat dan memberi tekanan tinggi ke atas banyak hospital. 



Keputusan itu adalah satu perubahan daripada rancangan awal untuk memberi vaksin hanya kepada mereka yang berusia di antara 18 tahun dengan 59 tahun terlebih dahulu, menurut dua pegawai yang tidak mahu dikenali kepada akhbar The Straits Times.



Indonesia bergantung kepada vaksin CoronaVac, yang dibangunkan oleh syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac, bagi program imunisasi yang bermula pertengahan Januari di mana pekerja perubatan adalah yang pertama menerima suntikan vaksin. 



Tidak seperti jenama vaksin yang bakal diterima Indonesia, CoronaVac belum lagi mempunyai data keselamatan atau kadar keberkesanan bagi golongan di luar kumpulan usia 18 hingga 59 tahun.



Namun negara itu tetap memutuskan untuk memberi vaksin itu kepada mereka berusia 59 tahun ke atas. Difahamkan, pegawai pemerintah kanan dalam usia itu serta golongan lebih tua di China telah mengambil vaksin CoronaVac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >