Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia mula bina estet perindustrian baru di Borneo

Dec 22, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia semalam memulakan pembinaan sebuah estet perindustrian baru di pulau Borneo, yang menurut pegawai bertujuan menggunakan kuasa hidro untuk kilang pengeluaran barangan seperti semikonduktor, bateri ion litium, panel solar dan produk aluminium.



Terletak di wilayah Kalimantan Utara di Borneo, projek itu akan meliputi 30,000 hektar dan memanfaatkan pelaburan dari China dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), kata Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, semasa majlis pecah tanah.



"Transformasi ekonomi Indonesia bermula di sini di mana kami akan menguruskan sumber asli kami dari hulu ke hilir untuk mewujudkan ketersediaan pekerjaan secara besar-besaran," kata Encik Widodo.



Beliau berminat untuk menubuhkan industri perkilangan untuk memanfaatkan sumber asli Indonesia yang kaya, seperti nikel, bauksit dan tembaga, supaya negara dapat meningkatkan rantaian nilai dan bukan hanya mengeksport bahan mentah.



Pemerintah berkata projek itu akan menjadi "hijau" kerana ia akan menggunakan tenaga daripada projek kuasa hidro yang dirancang.



Sehingga AS$12 bilion ($16 bilion) pelaburan akan diperlukan bagi projek tenaga hidro sahaja dan hampir AS$1 bilion untuk sebuah pelabuhan, kata Menteri Kanan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan, pada majlis yang sama.



Encik Luhut berkata Indonesia juga merancang membina loji bateri kenderaan elektrik di projek Kalimantan Utara.



Projek itu diketuai oleh Kalimantan Industrial Park Indonesia (Kipi), yang mengawal tanah yang akan digunakan untuk ladang itu, kata Encik Luhut.



Kipi diketuai oleh hartawan arang batu, Encik Garibaldi Thohir.



Awal tahun ini, Encik Luhut berkata Fortescue Metals Group Australia dan Tsingshan Holding Group China boleh melabur berbilion dolar di taman perindustrian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >