Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia mula buat persiapan buka Bali, Riau bagi pelawat asing

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia telah mula membuat persiapan bagi membuka pulau peranginan Bali dan Kepulauan Riau untuk kunjungan warga asing dari beberapa negara terpilih minggu ini dalam usahanya merancakkan semula industri pelancongan negara itu.



Menteri Kanan, Encik Luhut Pandjaitan, semasa taklimat media kelmarin berkata, pengunjung dari 18 negara akan dibenarkan memasuki republik itu, tetapi Singapura tidak termasuk dalam senarai tersebut.



Lapangan terbang di Bali dan di Kepulauan Riau - yang berhampiran pulau peranginan popular di Bintan dan Batam - dijangka dibuka esok.



Kedua-dua wilayah ini punya jumlah vaksinasi yang tinggi di Indonesia.



Kira-kira 98 peratus dari lingkungan 4.4 juta penduduk di Pulau Dewata itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, sementara lebih 80 peratus telah diinokulasi sepenuhnya.



Di Kepulauan Riau pula, 83 peratus penduduknya telah menerima dos pertama sementara 58 peratus telah diinokulasi sepenuhnya.



Indonesia, negara paling teruk terjejas dengan pandemik koronavirus di Asia Tenggara dengan lebih 4 juta kes dan lebih 140,000 kematian, berkata ia akan membuka semula pintu negara itu secara berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak wujudnya satu lagi gelombang jangkitan.



Encik Luhut berkata, hanya pengunjung dari negara yang rendah paras jangkitan dan kadar positif di bawah 5 peratus akan dibenarkan memasuki Indonesia.



Kadar positif itu merujuk kepada peratusan orang yang diuji positif dari virus itu berbanding mereka yang telah diuji.



Para pengunjung ini perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan mereka, tetapi untuk tempoh lima hari sahaja, kata Menteri Penyelaras Ekonomi, Encik Airlangga Hartato di sesi taklimat media yang sama.



Sebelum ini, ketibaan pengunjung asing diperlukan menjalani kuarantin lapan hari.



Mereka juga perlu mempunyai insurans rawatan Covid-19 yang sah bagi perlindungan untuk sekurang-kurangnya AS$100,000 ($135,000) dan membayar hotel penginapan untuk tempoh kuarantin terlebih dahulu.



"Pembukaan semula tempat-tempat ini akan bertindak sebagai satu ujian yang kemudian boleh digunakan di tempat lain tentunya," kata Encik Airlangga.



Pada masa ini, hanya warga asing dengan visa diplomatik atau visa pekerjaan dibenarkan memasuki Indonesia menerusi lapangan terbang antarabangsa di Jakarta dan Sulawesi Utara.



Orang lain yang dibenarkan termasuk pekerja perubatan dalam misi kemanusiaan dan kelasi kapal kargo.



"Pembukaan semula ini dijangka membantu Bali, di mana ekonomi hari ini jauh berbeza sebelum masa prapandemik, untuk pulih," kata Encik Luhut.



Pemerintah Indonesia sebelum ini berkata, Bali akan dibuka semula untuk pengunjung asing dari Korea Selatan, China, Jepun dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Encik Luhut tidak menamakan 18 negara dari senarai yang diluluskan tetapi kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Tito Karnavian, ia akan dikemukakan menerusi satu pekeliling. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >