JAKARTA: Indonesia mula menguatkuasakan larangan perjalanan tahunan 'mudik' - perjalanan penduduk kota besar serata negara itu ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Tindakan itu sebagai sebahagian usaha mencegah penularan koronavirus Covid-19 semasa perayaan cuti perayaan itu, sedang jutaan penduduk negara itu secara tradisi melakukan perjalanan tersebut untuk menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan.