Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia mula vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



BOYOLALI (Indonesia): Indonesia akan memulakan vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak yang berumur enam hingga 11 tahun dari 24 Disember ini.



"Bermula 24 Disember, kami akan mengutamakan vaksin untuk kanak-kanak. Kami telah memperuntukkan sekitar 58-60 juta dos," kata Timbalan Menteri Kesihatan Indonesia, Encik Dante Saksono Harbuwono kepada media Tempo.



Dasar bagi vaksinasi kanak-kanak telah digariskan dalam arahan yang dihantar Kementerian Ehwal Dalam Negeri Indonesia berhubung pencegahan dan pengendalian Covid-19 sewaktu tempoh Krismas dan Tahun Baru.



"Pemerintah setempat boleh memulakan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berumur 6-11 tahun sekiranya mereka telah mencapai 70 peratus daripada sasaran vaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus dos pertama dan 60 peratus daripada vaksinasi dos pertama bagi warga emas mengikut peraturan yang ditetapkan," kata arahan yang dikeluarkan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Tito Karnavian.



Badan Pengawal Ubatan dan Makanan (BPOM) Indonesia telah memberi kebenaran penggunaan kecemasan untuk penggunaan vaksin Sinovac bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas pada 2 November lalu.



Sebelum ini BPOM membenarkan penggunaan vaksin untuk kanak-kanak berumur 12-17 tahun dengan matlamat untuk menyambung semula kelas secara bersemuka di sekolah.



BPOM juga sedang menjalankan ujian untuk menilai vaksin Sinopharm bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.



Ia sedang mempertimbangkan kelulusan untuk vaksin Pfizer sebaik sahaja ia didaftarkan dengan agensi itu susulan kebenaran penggunaan kecemasan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi kanak-kanak pada 29 Oktober lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >