Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia pintas kapal kedua penuh dadah guna bendera palsu S'pura

Feb 21, 2018 | 06:33 PM



JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengatakan sebuah kapal nelayan yang membawa rekod 1.6 tan dadah methamphetamine kristal yang dipintas di sekitar Kepulauan Riau semalam mengibarkan bendera Singapura secara palsu, lapor The Straits Times hari ini.



Ia kapal penuh dadah kedua yang ditahan bulan ini oleh pihak berkuasa Indonesia.



Kapal terbaru itu ditangkap kelmarin pada sekitar 2 pagi berhampiran Terumbu Helen Mar, berhampiran Selat Singapura, oleh rondaan bersama polis maritim dan pejabat kastam.



Ia datang dari Taiwan dan membawa methamphetamine kristal dalam karung beras.



Kesemua empat anak kapalnya warga China, menurut satu kenyataan bersama polis dan pejabat kastam Indonesia.



"Dadah itu disumbatkan dalam 81 karung beras dan setiap karung mengandungi 20kg (kilogram)," kata kenyataan itu, yang menyenaraikan nama anak kapal itu sebagai Tan Mai, 69 tahun; Tan Yi, 33 tahun; Tan Hui (kapten), 42 tahun; dan Liu Yin Hua, 63 tahun.



"Kami sedang menimbang berat dadah itu dan menyoal siasat empat kru tersebut," kata jurucakap agensi cukai dan kastam, Encik Deni Sirjantoro.



Pihak berkuasa Indonesia berkata mereka memburu kapal itu selama beberapa bulan kerana ia disyaki menyeludup dadah ke Indonesia dan Australia, sambil menambah ia mungkin mengibarkan bendera negara berbeza untuk mengelak daripada ditahan.



Pada 7 Februari lalu, angkatan tentera laut Indonesia menangkap sebuah bot nelayan yang mengibar bendera Singapura yang berisi satu tan methamphetamine kristal dalam 41 karung beras di perairan pulau Batam.



Empat anak kapal Taiwannya tidak dapat menunjukkan dokumen pendaftaran kapal yang betul dan sehelai bendera Taiwan juga ditemui di atas kapal itu.



Tindakan keras terhadap perdagangan dadah oleh pemerintah Indonesia diambil di tengah-tengah peningkatan penggunaan dadah terlarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >