Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Indonesia sambung semula operasi penerbangan domestik

Jun 10, 2020 | 03:00 PM

JAKARTA: Indonesia telah memulakan semula khidmat  penerbangan domestik untuk semua penumpang dengan syarat syarikat penerbangan beroperasi dengan kapasiti 70 peratus dan mengikuti peraturan ketat yang dilaksanakan.

Langkah ini dibuat ketika negara itu juga mengumumkan kenaikan harian terbesar dalam kes jangkitan koronavirus.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Budi Karya Sumadi berkata, peraturan baru untuk penerbangan mengikuti perbincangan dengan syarikat penerbangan, gugus tugas Covid-19 negara itu dan Kementerian Kesihatan.

"Pengurusan pengangkutan di era baru bergantung pada aspek kesihatan," kata Encik Budi Karya pada sidang akhbar dalam talian semalam.

"Kami berharap agar orang tetap produktif tetapi selamat."

Semua pelancong diwajibkan memakai pelitup, menjaga jarak diri dan menunjukkan sijil kesihatan baru-baru ini untuk menunjukkan bahawa mereka telah diuji dan disahkan negatif terhadap virus itu, berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan dimaklumkan Encik Novie Riyanto, seorang pegawai pengangkutan, kepada agensi berita Reuters, berkuat kuasa semalam.

Penerbangan telah dibataskan di Indonesia sebagai tindak balas ke atas pandemik yang berlaku, tetapi dalam beberapa minggu terakhir, warga yang bekerja di luar negara dan mereka yang pulang ke rumah serta mereka yang bekerja di sektor yang dikecualikan, seperti kesihatan dan keselamatan, diizinkan terbang. 

Lion Air akan meneruskan khidmat penerbangan domestik hari ini.

Indonesia telah mencatatkan 33,076 jangkitan koronavirus dan 1,923 kematian Covid-19. 

Semalam, ia mengumumkan 1,043 kes baru, peningkatan harian tertinggi setakat ini. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3