Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia sambut Ramadan tanpa sekatan Covid-19

Semua masjid boleh jalankan solat jemaah tanpa batas; jemaah tidak perlu pakai pelitup
Mar 31, 2023 | 03:36 PM



JAKARTA: Umat Islam di Indonesia menjalani ibadah di bulan suci Ramadan dengan menunaikan solat berjemaah dan beberapa aktiviti tradisi, setelah tiada lagi sekatan Covid-19 yang dikuatkuasakan pada 2022.


Semua masjid boleh menjalankan solat berjemaah tanpa batas – buat kali pertama  dalam  Ramadan sejak mulanya pandemik hampir tiga tahun lalu.


Jemaah juga tidak lagi diwajibkan memakai pelitup.


Jemaah di masjid mengatakan mereka berasa lega setelah tiada lagi larangan, termasuk batas bilangan berjemaah dan pergerakan.


Semasa ibu kota Indonesia itu menguatkuasakan peraturan Covid-19 pada 2022, Masjid Istiqlal hanya membenarkan 10,000 jemaah melakukan solat di situ.


Tahun ini, selepas pemerintah memansuhkan peraturan tersebut, masjid itu membenarkan sehingga 150,000 jemaah solat di dalam dewan solat pada satu-satu masa.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >