Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Indonesia sandang jawatan presiden G20

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Indonesia sandang jawatan presiden G20

Nov 02, 2021 | 05:30 AM

JAKARTA: Indonesia secara rasmi menyandang jawatan presiden Kumpulan 20 (G20) - yang terdiri daripada ekonomi utama di dunia - buat kali pertama, dan meletakkan pemulihan daripada pandemik Covid-19 sebagai agenda tahun depan.

Perdana Menteri Italy, Encik Mario Draghi menyerahkan tampuk kepimpinan itu kepada Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, di penutupan sidang puncak dua hari yang diadakan di Rome.

Pertemuan itu diadakan secara fizikal buat kali pertama sejak 2019.

"Ini adalah satu penghormatan bagi kami, untuk Indonesia, dan pada masa yang sama tanggungjawab besar, yang mesti kami laksanakan dengan baik," kata pemimpin Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi, sebelum berlepas ke sidang puncak itu Jumaat lalu, , lapor The Straits Times.

Jawatan presiden G20 selama setahun, yang bermula secara rasmi pada 1 Disember dan berakhir pada 30 November, akan berakhir dengan sidang puncak pemimpin ke-17 di pulau Bali pada Oktober tahun depan.

Sebagai tuan rumah dan presiden, Indonesia telah menetapkan "Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat" sebagai tema teras agenda G20 tahun depan.

Ia akan menggesa bagi pengagihan global vaksin yang adil dan saksama, serta pembiayaan yang mencukupi melalui penubuhan pasukan bertindak kewangan dan kesihatan bersama untuk menangani isu berkaitan pencegahan, persiapan dan respons pandemik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3