Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Dunia

Indonesia saran cukai ke atas minuman manis, kenderaan yang mencemar dan beg plastik

Feb 19, 2020 | 06:11 PM

JAKARTA: Menteri Kewangan Indonesia pada Rabu (19 Februari), menyarankan agar cukai baru dikenakan ke atas minuman manis, kenderaan yang mengeluarkan karbon dioksida dan beg plastik bagi mengawal penggunaan produk itu dalam negara.

Usulan Cik Sri Mulyani Indrawati timbul di tengah-tengah hasil pungutan cukai yang lemah selepas ekonomi negara itu tumbuh pada kadar paling perlahan pada 2019, sepanjang tiga tahun ini.

Indonesia mencatatkan kemerosotan pendapatan sebanyak hampir AS$15 bilion (S$20.9 bilion) tahun lalu disebabkan keuntungan syarikat yang lemah dan eksport merosot. 

Jumlah keseluruhan pendapatan tambahan yang dijangkakan bagi ketiga langkah tersebut adalah 23.56 trilion rupiah (S$2.4 bilion) setiap tahun fiskal - 1.61 trilion rupiah daripada cukai beg plastik, 6.25 trilion rupiah daripada cukai minuman dan 15.7 trilion rupiah daripada cukai kenderaan, kata Cik Sri Mulyani dalam satu mesyuart bersama suruhanjaya kewangan Parlimen. - REUTERS