Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia sasar ambil sebahagian daripada lalu lintas kargo Singapura

Jan 26, 2017 | 12:19 PM



INDONESIA merancang meningkatkan perkhidmatan pelabuhanNYA dengan menyatukan kargo dari pelbagai kemudahan di seluruh negara ke Tanjung Priok di Jakarta Utara, pelabuhan terbesar dan paling maju negara itu.



Langkah memusatkan kegiatan perkapalan itu bertujuan mengambil alih sebahagian daripada pasaran yang kini dikuasai Singapura, The Jakarta Post melaporkan Rabu (25 Jan).



Pegawai Kementerian Pengangkutan Antonius Tonny Budiono berkata pemerintah dan pengendali Pelabuhan Indonesia (Pelindo) mengadakan pertemuan bagi membincangkan rancangan mewujudkan 'rangkaian pelabuhan bersepadu'.



Ini termasuk menyatukan eksport kargo dari pelabuhan seperti Bitung, Sulawesi Utara, dan Sorong, Papua Barat ke Tanjung Priok yang kini mengendalikan kira-kira separuh daripada penghantaran eksport negara.



Encik Antonius, Ketua Pengarah pengangkutan laut, berkata ini akan meningkatkan kecekapan dan menjadikan Tanjung Priok lebih menarik kepada syarikat perkapalan.



"Sektor perkapalan telah lama dikuasai Singapura (tetapi) jika barang dagangannya berasal dari negara kita, mengapa kita tidak boleh mengendalikannya?" kata beliau kepada The Jakarta Post.



Komen itu dibuat menyusuli laporan baru-baru ini bahawa Lembaga Pelabuhan Klang Malaysia (PKA) merancang membina sebuah pelabuhan baru, bersebelahan Pelabuhan Klang - pelabuhan terbesar di negara itu.



Projek bernilai RM200 bilion ($64 bilion) itu, terletak di Pulau Carey, adalah penting jika Malaysia mahu bersaing dengan Singapura bagi perdagangan kargo lebih besar, kata Pengerusi PKA Encik Kong Cho Ha.



Singapura, dikenali sebagai hab perkapalan paling sibuk di dunia, mengendalikan hampir sepertujuh daripada jumlah perkapalan kontena global.



Angka daripada Penguasara Maritim dan Pelabuhan menunjukkan bahawa kontena kendalian Singapura tahunan kekal stabil tahun lepas pada 30.9 juta TEU. Sebagai perbandingan, trafik kontena di Tanjung Priok dalam tempoh yang sama ialah 5.4 juta TEU, meningkat daripada 5.2 juta TEU pada 2015.



Presiden Joko Widodo telah memperbaiki prasaranan maritim Indonesia yang menjadi keutamaannya sejak beliau dipilih pada 2014.



Rancangan membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam di Patimban, Jawa Barat, juga telah dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala antara Encik Joko dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di Bogor bulan ini.



Indonesia, bagaimanapun, mengalami hambatan dalam sektor ini. Rancangannya membangunkan pelabuhan antarabangsa di Sumatera Utara terhenti awal bulan ini.



Pemain industri dan pakar sangsi mengenai langkah itu, sambil menambah bahawa rancangan menyatukan trafik kargo di Tanjung Priok mungkin tidak mempunyai kesan negatif ke atas Singapura dalam masa terdekat ini. Ini kerana Singapura masih lebih strategik berbanding pelabuhan Tanjung Priok.



Penganalisis industri veteran Christianto Wibisono menyifatkannya sebagai usaha besar-besaran yang akan melibatkan perubahan kelautan bukan sahaja dari segi operasi pelabuhan malah cara perniagaan dijalankan di Indonesia.



"Indonesia perlu memastikan kos lebih rendah dan perkhidmatan lebih cepat... Memunggah di Tanjung Priok kini boleh mengambil masa sehingga lima hari, beberapa kali lebih lama daripada Singapura," katanya.



Ia boleh dilakukan, tetapi amat mencabar, ujarnya.



Seorang pegawai pemerintah Indonesia yang memahami industri itu berkata "pendirian Indonesia ialah untuk cuba untuk melengkapi, bukan bersaing" terhadap jiran rapatnya.



"Ia tidak realistik. Singapura adalah nombor satu di dunia dari segi kemudahan menjalankan perniagaan dan nombor tiga dari segi inovasi," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >