Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tarik semula rancangan tutup pulau Komodo

Oct 01, 2019 | 02:09 PM



JAKARTA - Indonesia membuat keputusan untuk tidak tutup pulau Komodo tahun depan seperti yang dirancangkan.





Ini kerana jumlah naga komodo itu agak stabil dan bukan di bawah ancaman, kata Kementerian Persekitaran semalam (30 September).



Gabenor East Nusa Tenggara Viktor Laiskodat berkata pada Julai bahawa pulau itu harus ditutup kepada orang awam untuk menghentikan pelancongan daripada mencampur tangan proses mengawan dan menetas naga itu dan kurangkan risiko pemburuan haram terhadap rusa, kerbau dan babi liar, yang merupakan sumber makanan naga komodo.



Pulau itu akan dibuka semula selepas setahun, sebagai destinasi pelancong premium, menurut perancangan itu.



Namun, Menteri Persekitaran dan Perhutanan, Cik Siti Nurbaya Bakar berkata bahawa data menunjukkan bahawa jumlah naga, spesis cicak terbesar yang masih hidup, telah stabil untuk lebih sedekad.



“Jumlah naga Komodo di pulau Komodo semasa pemerhatian dari 2002 hingga 2019 menunjukkan bahawa ia stabil. Tiada ancaman menunjukkan jumlah merosot,” katanya.



Kementerian itu juga berkata pemerintah wilayah dan utama akan bekerjasama demi membangkitkan tempat pelancongan, memperbaiki latihan renjer dan sediakan peralatan lebih baik bagi rondaan, serta menubuhkan pusat kajian untuk naga Komodo.



Perancangan yang diumumkan pada Julai menimbulkan kontroversi antara penggiat alam sekitar dan industri pelancongan, serta penduduk yang bergantung kepada pengunjung untuk menampung kehidupan seharian mereka. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >