Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia terima 1.2 juta dos vaksin Covid-19 dari China

Dec 08, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin Covid-19 dari China yang diterbangkan menggunakan pesawat Garuda dari Beijing, malam kelmarin.



Biro Wartawan, Media dan Informasi, Sekretariat Presiden dalam satu kenyataan berkata, vaksin yang diuji sepenuhnya untuk digunakan itu, tiba di Jakarta pada 9.25 malam kelmarin.



Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo dalam YouTube rasmi Sekretariat Presiden berkata, Indonesia akan menerima tambahan sebanyak 1.8 juta dos lagi vaksin itu pada awal Januari 2021.



"Alhamdulillah vaksin sudah tersedia, ertinya kita akan segera mencegah meluasnya wabak Covid-19," kata Presiden Joko Widodo.



Media tempatan sebelum ini melaporkan, Indonesia menerusi Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), badan di bawah Kementerian Penyelidikan dan Teknologi Indonesia bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin Covid-19.



Mengikut data yang disiarkan laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, setakat semalam, republik itu mencatatkan sebanyak 575,796 kes positif Covid-19 dengan jumlah kematian akibat virus itu kini 17,740 orang.



Menurut Encik Widodo, vaksin itu perlu melalui beberapa peringkat proses termasuk dari Badan Pengawas Ubat-Ubatan dan Makanan Indonesia (BPOM) serta memberi perhatian terhadap empat perkara berhubung pelaksanaan vaksin itu.



Katanya, seluruh prosedur harus dilalui dengan baik, dalam rangka menjamin kesihatan dan keselamatan masyarakat serta keberkesanannya sebelum program vaksinasi dilaksanakan.



Turut diberi perhatian, adalah persiapan untuk proses pengedaran vaksin ke daerah daerah termasuk peralatan, tenaga manusia dan tata cara vaksinasi dan seterusnya pemantauan pelaksanaan, di samping mematuhi protokol kesihatan.



Beliau juga mengingatkan walaupun vaksin sudah ada, rakyat tetap harus berdisiplin menjalankan protokol kesihatan, iaitu selalu mengamalkan 3M - memakai pelitup, menjaga jarak, mencuci tangan.



"Ketibaan dan penyediaan vaksin ini akan dilakukan secara beransur-ansur, begitu juga untuk program vaksinasi, yang akan dijalankan secara bertahap-tahap, dengan keutamaan diberikan kepada petugas perubatan dan pegawai perkhidmatan awam," kata menteri bertanggungjawab bagi pasukan bertindak Covid-19 nasional, Encik Airlangga Hartarto semalam, semasa taklimat media secara maya yang turut dihadiri beberapa menteri yang dipertanggungjawabkan dalam usaha pemerolehan vaksin.



Pemerintah katanya, akan melaksanakan pendekatan berkembar bagi program vaksinasi, dengan ada mendapat suntikan secara percuma dengan yang lain membiayai kos vaksinasi mereka.



Encik Airlangga yang juga merupakan menteri penyelaras ehwal ekonomi menambah, mereka yang diletakkan di bawah skim 'Mandiri' perlu membayar vaksin itu.



Mereka boleh memilih jenama vaksin diantara yang ada.



Skim ini akan dibentangkan mengikut siapa dulu didahulukan.



Tidak jelas bila program vaksinasi akan bermula tetapi pegawai berkata Januari 2021 adalah paling awal Indonesia boleh mula melaksanakannya.



Pada malam kelmarin, Presiden Widodo berkata, BPOM akan memberi kelulusan kecemasan untuk program vaksinasi dimulakan.



Beliau menambah sebelum pembentangan program itu, sistem pengedaran merentasi 34 wilayah negara itu - termasuk di lebih 500 daerah dan kota - mesti dimuktamadkan. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >