Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia terima komitmen pelaburan lebih $44b dari perniagaan UAE

Nov 08, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia telah memperoleh komitmen pelaburan bernilai AS$32.7 bilion ($44.2 bilion) daripada perniagaan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pelbagai sektor seperti penghasilan dan pengedaran vaksin.



Pelaburan yang diumumkan Khamis lalu itu dilakukan tatkala Presiden Joko Widodo melawat UAE untuk mengeratkan hubungan peribadi yang dijalinnya dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan.



Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, berkata 19 perjanjian komitmen pelaburan itu melibatkan kerjasama antara Penguasa Pelaburan Indonesia dengan syarikat logistik berbilang negara yang berpangkalan di Dubai, DP World.



Syarikat minyak milik pemerintah Indonesia, Pertamina, dijangka menandatangani perjanjian berkaitan panel solar terapung dengan syarikat tenaga boleh diperbaharui yang berpangkalan di Abu Dhabi, Masdar.



Syarikat kecerdasan buatan Abu Dhabi, G42, juga dijangka melabur dalam inisiatif bandar bijak, makmal telekomunikasi dan genomik.



Pegawai G42 melawat Indonesia pada September lalu untuk bertemu rakan kongsinya, lapor The Jakarta Post.



Indonesia dan UAE juga bersetuju mempercepat perbincangan mengenai perjanjian kerjasama ekonomi menyeluruh (Cepa).



Selepas beberapa pusingan rundingan yang bermula pada September lalu, Encik Widodo menjangka perjanjian itu akan dimuktamadkan seawal Mac tahun depan.



Rundingan Cepa adalah sebahagian usaha agresif UAE untuk meneroka pasaran dalam ekonomi berkembang pesat seperti Korea Selatan, Kenya, Habsyah dan Turkey.



Dengan perjalanan antarabangsa dijangka pulih, kedua-dua negara juga bersetuju untuk saling mengiktiraf sijil vaksin Covid-19 mereka dan memperkukuh laluan koridor perjalanan yang telah dilaksanakan sejak Julai tahun lalu.



"Untuk (perjanjian) pemerintah-dengan-pemerintah, akan ada 10 perjanjian," kata Cik Retno dalam satu taklimat akhbar maya.



Beliau berkata ini termasuk perjanjian mengenai promosi pelaburan, percukaian, kerjasama bank pusat, pelancongan dan pengurusan hutan bakau.



Eksport barangan Indonesia ke UAE menyumbang kurang 1 peratus daripada jumlah eksport pada September, menurut data Statistik Indonesia.



Daripada jumlah pelaburan langsung asing pada suku ketiga 2021, UAE menyumbang bahagian kecil, dengan hanya AS$5.8 juta yang direalisasikan, menurut data Kementerian Pelaburan.



Encik Fithra Faisal, seorang ahli ekonomi di Universiti Indonesia, berkata bahagian kecil eksport Indonesia dan pelaburan langsung UAE menjadikan Indonesia potensi pasaran bukan tradisional untuk diterokai, terutamanya memandangkan kedua-dua negara majoritinya Muslim.



"Kami meneroka potensi pada masa hadapan, bukan hanya sedia ada (perdagangan dan pelaburan)," kata Encik Fithra kepada The Jakarta Post.



"Kami jangkakan untuk meningkatkan aktiviti perkhidmatan kerana UAE mahir dalam hal ini."



Perjanjian perniagaan sememangnya menjadi agenda utama Encik Widodo.



Baru selesai menghadiri acara berprofil tinggi di Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) di Italy dan persidangan perubahan iklim COP26 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Scotland awal minggu ini, beliau memilih untuk melawat UAE yang memberi respons baik kepada agenda perdagangan dan pelaburannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >