Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tidak galak balik kampung sambut Aidilfitri, batal peperiksaan

Mar 25, 2020 | 09:45 AM



JAKARTA: Bimbang dengan penularan Covid-19 dari bandar ke kampung, Kementerian Pengangkutan di Indonesia menyatakan ia tidak akan memberikan bantuan perjalanan bagi mereka yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.



Setiap tahun, jutaan rakyat Indonesia dari bandar-bandar besar pulang ke kampung untuk meraikan Lebaran dengan keluarga mereka.



"Memandangkan pantasnya penularan Covid-19, ini adalah keputusan tepat walaupun sukar,'' kata Pengarah Aagung Pengangkutan Darat Indonesia Budi Setyadi, seperti ditukil Jakarta Post.



Perjalanan percuma bagi pulang menyambut Hari Raya tidak akan ditawarkan institusi pemerintah dan sektor swasta tahun ini.



Sementara itu, Indonesia juga membatalkan Ujian Nasional atau peperiksaan persekolahan tahun 2020 Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Nadiem Makarim berkata Ujian Nasional tahun 2020 untuk Sekolah Dasar, ujian nasional di peringkat Sekolah Menengah Pertama, dan ujian nasional Sekolah Menengah Atas, dibatalkan.



“Pembatalan ini disebabkan faktor keamanan, kesihatan dan timbulnya risiko kesihatan (akibat virus Covid-19), kerana Ujian Nasional 2020 membabitkan lapan juta pelajar,” katanya dalam siaran televisyen tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >