Industri buku alternatif M'sia terus pikat belia serantau

Industri buku luar arus utama atau 'indie' - singkatan bagi 'independent' atau bebas - di Malaysia ialah industri rencam yang kini dimasuki pelbagai syarikat penerbitan. Buku 'indie' atau juga dikenali sebagai sastera urban alternatif cukup diminati belia di dalam dan luar Malaysia, dengan gaya bahasa santai dan pengupasan pelbagai isu, baik yang sensitif seperti agama dan politik mahupun biasa. Ikuti laporan wartawan kami.

DI KUALA LUMPUR: ARUS kepopularan buku 'indie' atau sastera urban alternatif di Malaysia mula mengocak industri buku seawal 2011.

Secara amnya, 'indie' atau 'independent' dalam industri kreatif bermaksud di luar arus utama.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan