SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Industri pelancongan Thai 'bagai jatuh ditimpa tangga'

Industri pelancongan Thai 'bagai jatuh ditimpa tangga'

Jan 11, 2021 | 5:30 AM

Industri pelancongan Thai 'bagai jatuh ditimpa tangga'

NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA -

BANGKOK: Sedang Phuket dan destinasi pelancongan Thailand lain mula bersiap sedia menerima kenaikan perniagaan pada lewat tahun lalu sehingga awal tahun baru, kenaikan kes baru Covid-19 di kalangan pekerja kilang makanan laut berdekatan Bangkok datang pada waktu yang memburukkan keadaan.

Satu lagi sekatan di seluruh negara atau pada perjalanan domestik di negara itu boleh "menamatkan perniagaan" bagi banyak syarikat berkaitan pelancongan, demikian kata presiden Persatuan Hotel Phuket, Encik Anthony Lark.

"Semua orang alami kerugian dan sedang cuba mendapatkan kos niaga kembali," kata Encik Lark.

"Sekiranya kerajaan tidak dapat menangani virus ini dan ada larangan perjalanan udara domestik atau antara wilayah diperkenalkan, maka anda pasti akan melihat banyak pemilik hotel, restoran dan kapal menghentikan perniagaan mereka."

Perdana Menteri Thailand, Encik Prayut Chan-o-cha, telah menyalahkan lonjakan kes koronavirus pada ketibaan pekerja haram asing, kebanyakannya di kalangan pekerja dari Myanmar di pasar makanan laut.

Berita mengenai wabak yang meluas di pasar makanan laut itu didedahkan tidak begitu lama setelah kerajaan mengumumkan rancangan melonggarkan beberapa sekatan terhadap pelancong dari 56 negara, termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura.

Thailand meletakkan harapan kepada kebangkitan sektor pelancongan untuk membantunya keluar daripada kemelesetan ekonomi, walaupun bank pusat negara itu meramalkan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu mungkin memerlukan tempoh dua tahun untuk kembali ke tahap pertumbuhan prapandemik.

Ketibaan pelancong asing menjana pendapatan lebih AS$60 bilion ($79.6 bilion) daripada sekitar 40 juta pelawat pada 2019.

Sedang pasaran antarabangsa hampir tidak aktif selama berbulan-bulan, pelancong domestik membantu menjana pendapatan di banyak tempat, termasuk di Phuket, dengan perniagaan bergantung pada percutian akhir tahun.

Pelancong dari ibu kota Thailand, Bangkok, menyumbang 99 peratus pelancong Phuket sejak negara itu menutup sempadannya pada akhir Mac, menurut Encik Lark.

Sebelum wabak itu, pelancong asing membentuk dua pertiga pengunjung pulau itu dan menyumbang sekitar 90 peratus daripada hasil pelancongan Phuket.

"Penduduk Bangkok telah membantu semua perniagaan di Phuket," tambah Encik Lark, dengan sebilangan hotel mencatat kadar penginapan sebanyak 80 peratus.

Namun dengan sekatan baru di seluruh negara, "banyak perniagaan yang telah pun mempunyai tempahan dari penduduk Bangkok akan terhenti". - Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg