Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iran mengaku "tidak sengaja" menembak jatuh pesawat Ukraine

Jan 11, 2020 | 6:24 PM
Pekerja penyelamat mencari tempat di mana pesawat Ukraine International Airlines terhempas berhampiran Teheran pada 8 Januari 2020. FOTO: AP
Pekerja penyelamat mencari tempat di mana pesawat Ukraine International Airlines terhempas berhampiran Teheran pada 8 Januari 2020. FOTO: AP -

TEHERAN: SELEPAS berhari-hari menafikan dakwaan, Iran telah semalam mengaku bahawa tenteranya "tidak sengaja" menembak jatuh pesawat Ukraine yang terhempas awal minggu ini. Pesawat itu ditembak jatuh awal Rabu lalu, beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan tentera yang menempatkan tentera Amerika Syarikat di Iraq sebagai tindak balas atas pembunuhan Jeneral Iran, Qassem Soleimani dalam satu serangan udara Amerika di Baghdad. Iran "amat menyesal" kejadian menembak jatuh pesawat itu, kata Presiden Iran, Hassan Rouhani dalam akaun Twitternya, semalam. "Republik Islam Iran amat menyesal kesalahan teruk ini," tulisnya dalam Twitter. "Ingatan dan doa saya kepada semua keluarga yang sedang berkabung. Saya menawarkan ucap takziah saya." - AP, REUTERS, AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg