Iran sedia bincang dengan AS jika Washington sertai semula perjanjian nuklear 2015

DUBAI: Teheran bersedia mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat jika Washington menarik balik sekatan dan menyertai semula perjanjian nuklear 2015, kata Presiden Iran, Encik Hassan Rouhani, dalam satu ucapan televisyen kelmarin.

"Kami sentiasa percaya pada perbincangan... jika mereka menarik balik sekatan, menamatkan tekanan ekonomi yang dikenakan dan menyertai semula perjanjian itu, kami bersedia mengadakan perbincangan dengan Amerika hari ini, sekarang dan di mana saja," kata Encik Rouhani.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan