Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERHIMPUNAN AGUNG PBB

AS, Iran tidak sekata isu nuklear, hak asasi

Antara lain Iran mahu jaminan Amerika perjanjian nuklear 2015 disambung
Sep 23, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Amerika Syarikat dan Iran saling 'bercekau' tentang soal keselamatan dan hak asasi kelmarin, dengan presiden Iran mendesak jaminan Amerika dalam mengembalikan perjanjian nuklear 2015 dan presiden Amerika pula berikrar kepada Teheran ia tidak akan dapat memperolehi bom atom.



Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, mengekalkan nada menentang di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menyatakan adanya sikap berat sebelah ke atas hak asasi manusia selepas kematian seorang wanita Iran semasa dalam tahanan polis yang menimbulkan bantahan di seluruh Iran.



Encik Raisi juga berkata Teheran juga mahu mantan Presiden Amerika, Encik Donald Trump, berdepan tuduhan atas pembunuhan pegawai pemerintah Angkatan Quds Iran, Jeneral Qassem Soleimani, menerusi serangan dron Amerika di Iraq pada 2020, sambil menunjukkan wajah komander itu.



"Terdapat isu besar dan kemahuan serius untuk menghidupkan perjanjian (nuklear 2015) ini," kata Encik Raisi di perhimpunan agung PBB itu.



"Kami hanya mengharapkan satu perkara: pematuhan kepada perjanjian."



Bercakap kemudiannya, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, mengulangi kesediaan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear yang telah dipersetujui dengan Iran dengan Teheran telah bersetuju untuk mengekang program atomiknya bagi mendapat kelonggaran daripada sekatan ekonomi.



Pada 2018, Encik Trump mengundurkan Amerika daripada perjanjian nuklear dan memutuskan untuk melaksanakan sekatan yang merencatkan ekonomi Iran.



Setahun kemudian, Teheran secara bertahap-tahap melanggar had perjanjian nuklear dan menimbulkan semula kebimbangan Amerika, Israel dan negara-negara Teluk yang Iran mungkin memperolehi senjata atom, yang dinafikan Iran.



"Kita sebelum ini mengalami pengunduran Amerika daripada perjanjian ini," kata Encik Raisi.



"Dengan pengalaman dan perspektif yang ada, bolehkah kita buat tidak tahu tentang isu-isu penting menyentuh jaminan tentang persetujuan yang dicapai?"



Encik Raisi tidak menyebut desakan Iran berkenaan siasatan Agensi Tenaga Atomik Antarabangsa (IAEA) ke atas bekas uranium yang ditemui di tiga tapak yang tidak diisytiharkan Iran, yang akan ditutup. Penemuan itu adalah satu halangan besar dalam menghidupkan semula perjanjian yang ada.



Pegawai Amerika dan Eropah telah menyatakan bahawa siasatan boleh dimuktamadkan jika Iran memberi jawapan memuaskan kepada badan pemantau nuklear PBB dengan ketua, Encik Rafael Grossi, berkata isu-isu ini tidak boleh diketepikan sahaja.



Perbahasan umum pada sesi-77 PBB yang bermula Selasa lalu, bakal menjadi detik penting apabila pemimpin dunia berkumpul menyampaikan ucapan dan meletakkan keutamaan pemerintahan mereka.



Mesyuarat kali ini genting kerana ia berlangsung di tengah-tengah krisis global seperti perang di Ukraine, permasalahan iklim, kekurangan bekalan makanan dan pandemik Covid-19.



Setiausaha Agung PBB, Encik António Guterres, menyatakan perbahasan umum pada minggu depan perlulah mengenai memberikan harapan dan mengatasi perpecahan yang memberi kesan secara mendadak kepada dunia.



"Dunia kita dilanda perang, dilanda kekacauan iklim, didera oleh kebencian dan dimalukan oleh kemiskinan, kelaparan dan ketidaksamaan.



"Apabila keretakan semakin mendalam dan kepercayaan semakin hilang, kita perlu bersatu untuk mencari penyelesaian.



"Orang ramai perlu melihat hasil dalam kehidupan harian mereka atau mereka akan hilang kepercayaan kepada pemerintah dan institusi mereka dan juga akan kehilangan harapan pada masa depan.



"Harapan itu sememangnya hanya boleh datang melalui dialog dan perdebatan yang menjadi nadi PBB," katanya pada taklimat akhbar pada 14 September lalu.



Sementara itu, pengerusi baru PBB, Encik Csaba Korosi, menegaskan konflik di Ukraine menjadi 'titik tolak' melainkan dunia menjadi lebih waspada bahawa peperangan boleh muncul semula dengan lebih kerap dalam kehidupan antarabangsa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >