BEIRUT: Pengganas ISIS telah membunuh 19 kakitangan rejim Syria dan pejuang militan sekutu di wilayah tengah Hama pada Rabu (3 Feb), menurut pemantau perang yang berpangkalan di Britain.
"Seramai 19 pejuang rejim dan pasukan militan sekutu terbunuh dalam serangan IS, termasuk 11 anggota Briged Baqir," kata militan yang disokong Iran, Observatori Syria untuk Hak Asasi Manusia, merujuk kepada ISIS.
Pemantau tersebut berkata "serangan mengejut" pada pagi Rabu menyasarkan kedudukan rejim di timur Hama, tempat pertempuran antara pasukan rejim dengan kumpulan ISIS baru-baru ini.
Ketua Observatori itu, Rami Abdul Rahman, menyifatkan serangan tersebut yang paling dahsyat tahun ini. - AFP