Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS bunuh 30 orang awam di Afghanistan dalam serangan balas dendam

Oct 26, 2016 | 03:28 PM



KABUL: Militan yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) membunuh sekitar 30 orang awam, termasuk kanak-kanak, di wilayah Ghor di tengah Afghanistan, menurut pemerintah tempatan pada Rabu (26 Okt).

Kejadian itu berlaku lewat Selasa (25 Okt) lalu di utara ibu kota wilayah tersebut, Firoz Koh, dengan pemerintah menyifatkannya sebagai serangan balas dendam selepas seorang komander ISIS tempatan dibunuh.

"Pasukan keselamatan kami dengan bantuan penduduk tempatan menjalankan operasi dan membunuh seorang komander Daesh (ISIS) semalam. Pejuang Daesh sebagai balasan menculik kira-kira 30 penduduk kampung, kebanyakannya pengembala," kata Gabenor Ghor, Encik Nasir Khazeh.

"Mayat mereka ditemui penduduk tempatan pagi ini."

Belum ada tuntutan rasmi daripada kumpulan itu bahawa mereka bertanggungjawab.

Pembunuhan itu menggariskan kekusutan keselamatan di Afghanistan sedang Taliban terus mara ke pusat-pusat bandar 15 tahun selepas mereka digulingkan daripada kuasa oleh pencerobohan Amerika Syarikat.

Pejuang ISIS juga dengan mantap menembusi Afghanistan, memenangi pensimpati, merekrut pengikut dan mencabar Taliban di kandang mereka sendiri, terutamanya di timur negara itu.

Pada Mac lalu, Presiden Afghanistan Ashraf Ghani mengumumkan pasukan itu telah dikalahkan selepas pasukan keselamatan tempatan mendakwa menang dalam satu operasi berbulan-bulan lama.

Namun, militan ISIS terus melancar serangan maut di negara itu.

Pada Julai, pengganas ISIS mengaku bertanggungjawab bagi letupan di Kabul yang membunuh sekurang-kurangnya 80 orang. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >