DAMSYIK - Kumpulan militan ISIS telah meletupkan tiga makam menara terkenal di bandar padang pasir purba Palmyra.
Demikian menurut ketua jabatan purba Maamoun Abdelkarim hari ini, Jumaat (4 September).
"Mereka meletupkan tiga makam menara, yang masih berada dalam keadaan baik dan paling cantik," kata beliau.
Pemusnahan terbaru di kawasan purba yang terkenal itu menyusuli penaklukan kumpulan tersebut ke atas bandar Palmyra Mei lalu.
Sebelum ini, ISIS telah memusnahkan makam purba Baal Shamin dan Kuil Bel berusia 2,000 tahun. - AFP