Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS penggal kepala 15 militan sendiri: Afghan

Perbalahan dalaman punca tindakan, 8 maut dalam serangan berasingan
Nov 25, 2017 | 05:30 AM



JALALABAD (Afghanistan): Kumpulan pengganas ISIS memenggal kepala 15 militannya sendiri akibat perbalahan dalaman di Nangarhar, wilayah timur Afghanistan, kata para pegawai, sementara satu serangan bunuh diri berasingan kelmarin membunuh sekurang-kurangnya lapan orang di ibu kota wilayah itu, Jalalabad.



Dua kejadian tersebut menggariskan ketidakamanan dan keadaan anarki di seluruh Afghanistan, di mana ribuan orang awam terbunuh atau cedera tahun ini, di tengah-tengah keganasan tanpa henti melibatkan kumpulan militan, termasuk ISIS dan Taleban.



Dalam satu hari penuh berdarah di wilayah itu kelmarin, seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang dalam satu pertemuan penyokong seorang komander polis yang dipecat kerana merampas tanah secara tidak sah.



ISIS telah mengaku bertanggungjawab bagi serangan terhadap orang ramai itu, yang berkumpul untuk menuntut agar komander polis tersebut, yang selamat daripada serangan itu, diberi jawatannya semula.



Seorang jurucakap hospital Jalalabad mengesahkan lapan orang terbunuh dan 15 cedera.



Sementara itu, jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Encik Attaullah Khogyani, berkata 15 pejuang ISIS dibunuh selepas pertelingkahan dalaman di pasar Surkh Ab di daerah Achin.



Maklumat lanjut tidak terdapat dan tidak ada pengesahan oleh ISIS, yang cawangan tempatannya dikenali sebagai IS di Khorasan, nama lama wilayah tersebut yang termasuk Afghanistan moden.



Nangarhar, di sempadan dengan Pakistan, telah menjadi kubu kuat ISIS, yang dikenali umumnya sebagai Daesh di Afghanistan, yang telah berkembang menjadi salah satu kumpulan militan paling berbahaya di Bangladesh sejak ia mula muncul di situ pada awal 2015.



Taleban dan ISIS sering bergaduh di Nangarhar dan kedua-duanya telah disasarkan oleh serangan udara berterusan Amerika Syarikat.



Tetapi sifat sebenar hubungan antara dua kumpulan itu kurang difahami. Terdapat insiden terpencil di Afghanistan di mana para pejuang dua kumpulan tersebut kelihatan bekerjasama.



Dokumen perisikan Afghanistan yang dikaji oleh Reuters tahun ini menunjukkan pegawai keselamatan percaya bahawa ISIS berada di sembilan wilayah, dari Nangarhar dan Kunar di timur ke Jawzjan, Faryab dan Badakhshan di utara dan Ghor di barat tengah. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >