Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isis siar maklumat 8 warga Australia, termasuk AP

Aug 13, 2015 | 09:32 AM



BEIRUT: Kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis) menyiarkan kelmarin maklumat peribadi sekurang-kurangnya lapan warga Australia, kebanyakannya penjawat awam, selepas menggodam komputer mereka, dan menggesa pengganas Australia menyerang mereka, lapor akhbar Sydney Morning Herald (SMH).


Mereka juga mendakwa telah memenggal kepala seorang Croatia yang diculik di Mesir kelmarin, sambil memuat naik gambar yang dikatakan badan beliau di akaun Twitter yang ada kaitan dengan kumpulan itu.


Menurut SMH, senarai warga Australia itu, termasuk anggota parlimen (AP) serta kakitangan Angkatan Pertahanan Australia dan Pejabat Audit Negara Australia, dikeluarkan sebuah kumpulan yang mendakwa menjadi Bahagian Godam Isis.


"Kami mempunyai nama dan alamat anda, kami berada dalam... akaun media sosial anda... Askar-askar daripada khilafah ini, tidak lama lagi dengan izin Allah, akan menyerang di leher anda di tanah air anda sendiri," ujar kumpulan penggodam itu dalam mesej mereka.


Sebelum ini, kumpulan itu menyiarkan maklumat mengenai lebih 1,400 orang, kebanyakan kononnya anggota tentera Amerika Syarikat.


Di Mesir, sekutu Isis semalam memuat naik gambar kepala yang sudah dipancung terletak di belakang sekujur badan tanpa kepala.


Kapsyen gambar itu berkata ia mayat seorang tebusan Croatia.


Jika disahkan, ia tindakan memenggal kepala seorang tebusan Barat yang pertama yang diculik Wilayah Sinai, sebuah kumpulan Mesir yang menukar namanya daripada Ansar Bayt al-Maqdis setelah berjanji setia kepada Isis, yang juga dikenali sebagai Negara Islam (IS).


Minggu lepas, video dalam talian yang kononnya daripada Wilayah Sinai menunjukkan seorang lelaki yang memperkenal dirinya sebagai Tomislav Salopek berkata kumpulan itu akan membunuhnya dalam masa 48 jam jika wanita Islam di penjara-penjara Mesir tidak dibebaskan. - Reuters, New York Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >