Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri: BN mesti menang besar

PM Malaysia: Semua jentera gerak kerja BN perlu bekerja keras, sebar mesej kerajaan dan jawab fitnah daripada pembangkang di media sosial
Oct 15, 2022 | 04:18 PM



BERA (Pahang): Barisan Nasional (BN) mesti menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk menjadi dominan dan membolehkan keputusan penting dilaksanakan dengan mudah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Beliau berkata, kemenangan BN ditambah dengan kerjasama parti dari Sabah dan Sarawak, dapat menghilangkan keadaa tidak stabil, selain tidak lagi perlu mengharap ihsan parti lain.



"Ketika ini, walaupun saya Perdana Menteri, BN dalam kerajaan hanya menyumbang 42 kerusi. Tak banyak. Betul mereka (pembangkang) setuju dengan saya sebagai Perdana Menteri, namun kita rasa tak kuat. Tumbang atau tidak kerajaan, kalau ada lima yang tarik (sokongan) boleh tumbang. Sentiasa rasa tak stabil.



Pembangkang sudah tandatangan perjanjian memorandum persefahaman, tetapi jika mereka tidak sokong dalam Parlimen semasa mengundi, juga kita tak boleh menang. Kita ini mengharapkan undi dia. Jadi yang terbaik ialah jangan mengharap orang tetapi kita sendiri yang menentukan hala tuju negara," katanya.



Naib Presiden UMNO itu berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di sini hari ini.



Ismail Sabri berkata, kemenangan besar BN dapat membentuk sebuah negara stabil, yang tidak berlaku sejak akhir-akhir ini apabila semakin banyak kritikan terbuka terhadap beliau dibuat pemimpin parti, termasuk daripada mereka yang bergabung dalam kerajaan.



"Kalau makin lama, makin teruk lagi kritikan dan asakan dan sudah tentu saya tidak boleh mentadbir kerajaan dengan sempurna seperti di peringkat awal saya menerajui pentabiran negara," katanya dan menambah ia antara faktor beliau memohon supaya Dewan Rakyat dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15.



Beliau berkata, pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu membawa isyarat kepada semua jentera gerak kerja BN, supaya perlu bekerja keras untuk memenangkan BN kerana masa untuk pilihan raya 'sudah sangat dekat'.



Gerak kerja juga perlu meliputi penguasaan media sosial, menerusi kreativiti untuk menyebarkan mesej dan naratif kerajaan serta menjawab fitnah daripada pembangkang, yang sering menggunakan platform tersebut.



"Penguasaan media sosial kita mesti lebih daripada mereka (pembangkang). Mereka buat 'simple' sahaja tetapi menarik seperti sebuah lagu yang baru-baru ini 'trending'. Kita juga perlu kreatif dan buat satu lagu (bertajuk) cukup sekali... cukup sekali janji dia.



"Kita kena jawab tuduhan mereka di media sosial. Dulu (PRU-14) kita kalah kerana tak jawab fitnah mereka. Kalau dulu sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-11, mungkin orang tidak begitu lihat media sosial tetapi sekarang semua sudah pandai dan sudah ada pelbagai kumpulan WhatsApp," katanya.



Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera turut mengingatkan jentera parti di bahagian itu mereka mempunyai 'tugas lebih berat' berbanding pilihan raya umum lalu, memandangkan kerusi Parlimen itu menjadi tumpuan semua pihak kerana disandang Perdana Menteri.



Selain itu, katanya gerak kerja itu juga perlu memastikan kemenangan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di bawah Parlimen Bera, iaitu Guai dan Kemayan dikekalkan, di samping merampas kembali DUN Triang daripada DAP. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >