Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri lancar pelan pembangunan terbesar M'sia dengan peruntukan $129b

Rancangan 2021-2025 bertujuan keluarkan negara daripada Covid-19, letak ekon kembali ke landasan
Sep 28, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Parlimen semalam, yang menetapkan hala tuju strategik bertemakan 'Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan'.



Rancangan lima tahun (2021-2025) itu bertujuan mengeluarkan Malaysia daripada pandemik Covid-19 dan meletakkan ekonomi kembali ke landasan.



Antara tumpuan utama peta jalan pembangunan itu ialah kebajikan sosial dan perlindungan bagi pekerja dan rakyat, terutama keperluan kelompok 40 peratus (B40) terbawah.



Bidang utama lain termasuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan kawasan di negara itu, terutama melalui digitalisasi dan penggunaan teknologi canggih.



Selain itu, peningkatan pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak akan mendapat perhatian khusus dalam rancangan tersebut.



Datuk Ismail Sabri berkata RMKe-12 yang digubal ketika dunia mengharungi cabaran getir pandemik Covid-19 adalah perancangan penting sebagai pelengkap kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi serta mencapai matlamat pembangunan jangka panjang.



Beliau berkata lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang bermula pada 27 Mac tahun lalu telah berjaya menstabilkan ekonomi Malaysia hingga pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) kembali berkembang 16.1 peratus pada suku kedua tahun ini, setelah menguncup pada empat suku sebelumnya.



Usaha tersebut akan diteruskan menerusi RMKe-12 yang akan membolehkan rakyat menikmati taraf hidup lebih baik, kata beliau.



"Kita mahu memacu Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi serta kalis cabaran pada masa hadapan.



"Namun, pencapaian ini tidak bermakna jika masih ada Keluarga Malaysia yang terpinggir daripada arus pembangunan.



"Kita mahu hidup bahagia bersama-sama, sebagai satu keluarga tanpa mengira tahap pendapatan, agama, bangsa dan kaum.



"Dalam melaksanakan pembangunan, kelestarian alam perlu menjadi agenda utama negara kerana ia akan diwarisi oleh generasi masa hadapan," ujarnya.



Datuk Ismail Sabri berkata beliau sedar Keluarga Malaysia meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi.



Kerajaan banyak menerima cadangan daripada orang ramai, Ahli Parlimen dan kerajaan negeri, namun oleh kerana keperluan amat besar untuk melindungi nyawa dan kehidupan pada 2020 dan 2021, ruang bagi melaksana projek pembangunan amat terhad, katanya.



"Keadaan ini dijangka berterusan sehingga tahun hadapan. Oleh itu, peruntukan pembangunan kerajaan lebih ditumpukan kepada projek sambungan.



"Insya-Allah, kita menjangkakan kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik pada 2023, apabila ekonomi semakin kukuh.



"Kerajaan akan memperuntukkan RM400 bilion ($129 bilion) untuk membiayai projek sambungan dan projek baru di bawah RMKe-12," katanya.



Dalam pembentangan rancangan lima tahun itu, beliau juga memaklumkan bahawa Malaysia diunjur menjadi negara berpendapatan tinggi dan mempunyai mutu kehidupan lebih baik selain menjadi negara berteknologi tinggi pada 2025.



Beliau berkata matlamat pertama RMKe-12 ialah menyasarkan pertumbuhan GDP pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh berkenaan.



Selain itu, katanya, kerajaan juga mahu meningkatkan purata pendapatan isi rumah kepada kira-kira RM10,000 sebulan pada 2025.



Datuk Ismail Sabri berkata dalam mencapai semua sasaran itu, kerajaan mengambil pendekatan keseluruhan negara yang membabitkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat dalam misi tunggal untuk melaksana pembaharuan. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >