Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri mula lawatan rasmi ke S'pura sempena pelancaran VTL darat

Nov 28, 2021 | 06:52 PM



PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan membuat lawatan rasmi  ke Si ngapura pada Isnin (29 November). 



Ini merupakan lawatan rasminya yang pertama ke Singapura sebagai Perdana Menteri, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad.



Beliau akan ke sini untuk menyaksikan pelancaran Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) (Darat) di Koswe antara Singapura dengan Malaysia bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Menurut MFA, ini merupakan “langkah penting dalam usaha memulihkan kembali keterhubungan dua hala dan juga serantau.”



Selepas menghadiri pelancaran tersebut, Datuk Ismail Sabri dijangka menghadiri majlis sambutan di Istana untuk bertemu Presiden Halimah Yacob dan juga PM Lee. 



PM Lee juga akan menjamu Perdana Menteri Malaysia itu dalam satu acara makan tengah hari.



Dalam pada itu, sejenis anggerik hibrid akan dinamakan sempena Datuk Ismail Sabri dalam satu majlis di Istana. 



Dalam kunjungan itu, Perdana Menteri Malaysia akan diiringi Menteri Kanan Perusahaan dan Industri Antarabangsa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Ehwal Luar Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Pengang kutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, selain pegawai lain, menurut MFA.



Mulai Isnin, VTL (Darat) antara Singapura dengan Malaysia akan bermula. VTL (Darat) itu akan bermula sejajar dengan VTL Udara antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang juga bermula pada Isnin. 



VTL (Darat) buat masa ini hanya dibuka kepada warga, Penduduk Tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki. 



Dalam fasa pertama VTL (Darat) itu, pelawat perlu menaiki bas VTL yang dikhususkan, Transtar Travel dan Handal Indah (juga dikenali sebagai Causeway Link), yang akan mengendalikan 64 perkhidmatan setiap hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >