Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Ismail Sabri mulakan tugas Timbalan Perdana Menteri M'sia

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mula melakukan tugasnya pada hari pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam.



Beliau tiba di kompleks Perdana Putra pada 10 pagi dan memberitahu media di luar perkarangan Kompleks Perdana Putra bahawa beliau mempunyai jadual padat di pejabat.



"(Jadual saya) hari ini akan sibuk, pagi dan petang," katanya.



Dr Ismail Sabri, 61 tahun, memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam selepas dilantik ke jawatan berkenaan, Rabu lalu.



Selain itu, portfolionya sebagai Menteri Kanan Pertahanan dikekalkan.



Beliau mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin Pegawai Integriti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Encik Muhd Redza Ahmad.



Dr Ismail Sabri kemudian menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Perdana Putra menempatkan pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.



Sebelum ini, JPM dalam kenyataannya menyatakan pelantikan Dr Ismail Sabri dapat membantu perdana menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini. - BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >