Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri persembah usul senarai Kabinet kepada Agong

Barisan menteri diumum hari ini, angkat sumpah jawatan pada Isnin
Aug 27, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengenai cadangan senarai anggota jemaah Kabinet baru.



Namun, Datuk Ismail Sabri dijadualkan mengumumkan senarai menteri Kabinet itu hanya hari ini, walaupun media mulanya menjangka pengumuman tersebut dibuat petang semalam.



Majlis angkat sumpah jemaah menteri itu pula dijadual dijalankan Isnin ini.



"Pengumuman pembentukan Kabinet baru oleh PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuat esok (hari ini), Jumaat 27 Ogos 2021, pukul 11 pagi.



"Majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan akan berlangsung pada Isnin, 30 Ogos 2021, pukul 2.30 petang," umum Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan petang semalam.



Sebelumnya, pejabat itu mengeluarkan satu kenyataan ringkas menjelaskan bahawa Datuk Ismail Sabri tidak akan membuat pengumuman mengenai senarai Kabinet baru semalam.



Kenyatan itu sebagai jawapan kepada soalan media mengenai bila senarai Kabinet baru akan diumumkan, selepas beliau menyerahkan satu cadangan senarai Kabinetnya kepada Agong pagi semalam.



Datuk Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru Malaysia pada 21 Ogos dan belum membentuk Kabinet baru.



Pelantikan itu berlaku selepas perdana menteri sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), meletak jawatan pada 16 Ogos selepas kehilangan majoriti di Dewan Rakyat (Parlimen).



Datuk Ismail Sabri, 61 tahun, naib presiden Umno dan mendapat sokongan bagi jawatan perdana menteri daripada 114 daripada 220 Anggota Parlimen (AP).



Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, tumpuan terarah pada mereka yang bakal menyertai barisan Kabinet dalam pentadbiran baru Malaysia.



Datuk Ismail Sabri menghadap Agong bagi mempersembahkan cadangan senarai Kabinet beliau di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.



Kenderaan beliau tiba di istana itu hampir 11 pagi dan sesi menghadap Agong berlangsung lebih dua jam.



Kenderaan rasmi Datuk Ismail kemudian dilihat keluar dari pekarangan Istana Abdulaziz pada 1.38 tengah hari.



Dalam satu pos di Facebook Istana Negara semalam, Yang di-Pertuan Agong dikatakan berkenan menerima menghadap Datuk Ismail Sabri di Istana Abdulaziz itu.



"Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula 11.00 pagi ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah Kabinet baru daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu.



"Sesi menghadap hari ini merupakan kali kedua bagi Datuk Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.



"Sesi menghadap yang pertama telah berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos 2021 lalu.



"Usai sesi menghadap, Seri Paduka Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan mengurniakan santapan tengah hari kepada Perdana Menteri di Istana Abdulaziz," ujar pos Facebook itu.



Datuk Ismail Sabri perlu membentuk Kabinet baru antaranya untuk membantu beliau menangani penularan Covid-19 yang masih serius dengan Malaysia semalam mencatat kes harian tertinggi sebanyak 24,599.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >