Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri: Pertemuan dengan pemimpin pembangkang capai kesepakatan

Timbang sertai panel pulih ekonomi negara dan tangani Covid-19
Aug 26, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Satu pertemuan antara pemimpin blok pembangkang dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berlangsung semalam.



Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Fahmi Fadzil, semasa mengesahkan perkara itu, berkata pertemuan pada 2 petang itu dihadiri presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Encik Mohamad Sabu; dan setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng.



Encik Fahmi berkata pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.



"Ia adalah jemputan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri kepada tiga pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) itu," katanya ringkas kepada wartawan.



Sementara itu, PH dalam satu kenyataan bersama antara Datuk Anwar, Encik Mohamad dan Encik Lim semalam memaklumkan gabungan blok pembangkang itu akan menimbangkan jemputan perdana menteri baru itu untuk pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankausa Khas Menangani Covid-19.



Dalam ucapan sulung Datuk Ismail Sabri pada 22 Ogos selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan sehari sebelumnya, beliau menawarkan kepemimpinan pembangkang menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.



Tiga pemimpin tertinggi parti komponen PH itu berkata pertimbangan itu ialah demi memastikan keputusan dibuat secara ikhlas bagi menangani pandemik Covid-19 serta kemelesetan ekonomi, dan bukan sekadar tangkap muat atau menjadi rubber stamp, atau 'pak turut', kepada pandangan kerajaan semata-mata.



Menurut Majlis Presiden PH, tumpuan blok itu terarah menjadi pembangkang berkesan dengan kritikan, teguran, syor dan pandangan membina, bertanggungjawab dalam menyumbang cadangan alternatif sesuai dengan dasar kerajaan, terutama berkaitan usaha menangani Covid-19 serta memulihkan ekonomi dan menyelamatkan nyawa serta sumber pencarian rakyat.



"Majlis Presiden PH sudah memutuskan Ketua Pembangkang akan mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin utama semua parti pembangkang dalam tempoh terdekat, termasuk menjemput mereka untuk menyertai atau bekerjasama dengan PH.



"Ia selaras dengan ketetapan pemukiman kepemimpinan PH di Port Dickson pada April yang menyatakan keterbukaan PH berunding dan bekerjasama serta menggembleng seluruh tenaga di bawah konsep 'khemah besar' demi memantapkan blok pembangkang merangkumi 105 Ahli Parlimen.



"Pertemuan itu antara lain akan membincangkan isu politik semasa serta persiapan bagi menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula 6 September, dengan kemungkinan satu sidang khas diadakan lebih awal dari itu untuk membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri serta mengisikan kekosongan Timbalan Speaker Dewan Rakyat berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Azlina Othman Said," katanya.



Menurut kenyataan itu, PH mengutamakan reformasi institusi, termasuk Parlimen, fiskal, perundangan, termasuk Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti serta penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara (PPN).



PH juga menuntut kebebasan sistem kehakiman yang tidak patut diganggu oleh mana-mana pihak. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >