Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri: Terus berjuang perangi pandemik

Dalam ucapan Hari Kebangsaannya secara maya, PM seru rakyat segera dapatkan vaksin
Sep 01, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyertai sambutan Hari Kebangsaan negara itu di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, secara maya semalam lepas beliau disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.



Ini adalah peringatan kuat terhadap cabaran negara itu untuk menangani penularan wabak itu yang telah menjangkiti lebih 1.7 juta penduduk di samping meragut nyawa lebih 16,300 rakyat negara itu.



Dalam acara itu, beliau yang disertai isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, dilihat berdiri ketika lagu 'Negaraku' dan 'Jalur Gemilang' berkumandang selain bersama-sama mengibarkan bendera kebangsaan.



Sebelum ini, dalam ucapan Hari Kebangsaannya malam kelmarin, beliau mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama membulatkan tekad bagi memulihkan negara.



Situasi pandemik Covid-19 yang dihadapi negara kini, katanya, adalah cabaran yang belum pernah ditempuhi mana-mana kepimpinan dan kerajaan terdahulu.



Beberapa cabaran serentak, iaitu wabak penyakit dan kegawatan ekonomi, telah menyebabkan kestabilan politik negara dan di seluruh dunia tergugat, katanya.



"Sempena Hari Kemerdekaan ini, kita perlu terus berjuang memerangi pandemik Covid-19 sebagai musuh yang paling utama.



"Kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baru.



"Ekonomi wajar dipulihkan, kesejahteraan rakyat perlu ditingkatkan, manakala keyakinan pelabur harus dikembalikan," katanya ketika menyampaikan Perutusan Hari Kebangsaan negara itu.



Sambutan Hari Kebangsaan bertemakan 'Malaysia Prihatin' diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, bermula 8 sehingga 8.50 pagi semalam.



Dalam perutusan itu juga, Datuk Ismail Sabri mengajak seluruh 'Keluarga Malaysia agar segera mendapatkan vaksin sebagai satu ikhtiar dalam menyokong pemulihan negara.



Katanya, vaksin sudah terbukti memberi impak positif, terutama dalam usaha memerangi wabak berkenaan.



"Berpandukan data dan fakta, yakinlah bahawa hanya melalui kerjasama penuh daripada semua pihak, peperangan melawan pandemik Covid-19 akan berakhir dengan kemenangan," tegasnya.



Beliau juga amat berharap, hasil kerjasama seluruh lapisan masyarakat, sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini menjadi yang terakhir disambut dalam suasana peperangan melawan pandemik Covid-19.



"Marilah kita memerdekakan negara kita daripada pandemik ini, daripada kegawatan ekonomi dan daripada ketidakstabilan politik," katanya.



Dalam satu kenyataan berasingan semalam, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkata kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum adalah kunci buat negara itu menghadapi apa juga cabaran mendatang termasuk menghadapi badai gelora pandemik Covid-19 yang sedang melanda.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda juga mengingatkan bahawa usaha mengekang pandemik itu memerlukan kesepaduan dan kesatuan seluruh rakyat, pemimpin serta kerajaan.



Sehubungan itu, Agong menasihatkan semua pihak agar menolak perbezaan pendapat dan mengenepikan pertikaian politik supaya wujud simbiosis erat antara semua dalam berjuang untuk membawa negara merdeka daripada pandemik yang melanda. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >