Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri yakin pilihan raya akan berjalan lancar

Tolak dakwaan bahawa kerajaan cuba sukarkan keadaan dengan adakan pilihan raya pada musim tengkujuh, pada hari kerja
Oct 27, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata proses pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan berjalan lancar pada 19 November ini, sedang pihak berkuasa membuat persiapan awal.



Beliau juga menafikan dakwaan bahawa kerajaan cuba mempersulit keadaan bagi para pengundi melaksanakan hak demokrasi mereka dengan mengadakan pilihan raya pada musim tengkujuh dan pada hari kerja.



"Orang ramai mendakwa bahawa (mengadakan pilihan raya pada hari kerja) adalah satu helah kerajaan. Kami telah menetapkan hari membuat undi pada hari Sabtu.



"Jika kita mengadakannya pada hari Minggu (Ahad), beberapa buah negeri bekerja, sama juga dengan Jumaat," kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri taklimat oleh polis mengenai persiapan bagi PRU15 dan keadaan banjir.



Akhbar Malay Mail melaporkan bahawa Datuk Ismail Sabri berkata persiapan bagi pusat-pusat mengundi dan pusat penempatan sementara (PPS) telah ditentukan bagi agensi kerajaan yang berkaitan.



Beliau juga melahirkan harapan agar setiap pengundi keluar mengundi beramai-ramai.



Menjawab pertanyaan pihak media, Datuk Ismail Sabri berkata 2,010 daripada 6,010 PPS juga telah disediakan sebagai pusat-pusat mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) bagi PRU15.



Bagaimanapun, ujar beliau, pihak berkuasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan beliau juga telah memberi kuasa kepada pihak berkuasa daerah untuk menubuhkan PPS tambahan di kawasan-kawasan mereka sekiranya diperlukan.



"Ini tidak bermakna banjir akan berlaku di semua negeri. Saya berharap semoga ini tidak berlaku.



"Ini juga tidak bermakna bahawa kesemua 2,010 pusat mengundi yang juga pusat PPS akan terjejas.



"Tetapi kami sudah bersiap sedia," katanya.



Datuk Ismail Sabri meluangkan masa sekitar dua jam untuk mendengar taklimat itu di Bukit Aman yang diberikan oleh pegawai-pegawai kanan polis, termasuk Inspektor Jeneral Polis, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.



Beliau menambah bahawa 58,227 anggota polis akan dikerahkan pada hari membuang undi.



Katanya lagi, sekitar 69,235 anggota daripada pasukan polis, Angkatan Bersenjata Malaysia, Pasukan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah bersiap siaga untuk menghadapi banjir.



"Kami juga sedang menunggu pengumuman daripada ketua setiausaha kerajaan sama ada cuti bagi penjawat awam kanan akan dibekukan.



"Lazimnya, cuti akan dibekukan bagi penjawat awam kanan pada Disember sebagai persiapan menghadapi banjir," kata beliau.




"Ini tidak bermakna banjir akan berlaku di semua negeri. Saya berharap semoga ini tidak berlaku. Ini juga tidak bermakna bahawa kesemua 2,010 pusat mengundi yang juga pusat PPS (pusat penempatan sementara) akan terjejas. Tetapi kami sudah bersiap sedia."
- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sambil menambah bahawa pihak berkuasa daerah telah diarah menubuhkan PPS tambahan di kawasan-kawasan mereka sekiranya diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >