Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel lancar serangan udara ke atas Gaza

Aug 07, 2022 | 05:30 AM



KOTA GAZA: Israel menyerang Gaza menerusi serangan udara buat hari kedua berturut-turut semalam, yang telah pun mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang - termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun.



Liga Arab mengecam tindakan Israel yang mensasarkan orang awam di jaluran yang didiami lebih 2 juta orang ini.



Menganggapnya sebagai tindakan yang menyebabkan "peningkatan bahaya" ke atas warga Palestin, pertubuhan itu berkata:



"Kami menggesa masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan hak asasi manusia, mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menghentikan pengganasan ini, dan menyediakan sistem perlindungan antarabangsa bagi rakyat Palestin dengan melaksanakan resolusi PBB yang bersesuaian," menurut kenyataannya semalam.



Keganasan paling teruk di Gaza sejak perang pada Mei tahun lalu menyusul beberapa hari selepas ketegangan tercetus antara Israel dan kumpulan Jihad Islam, yang dituduh oleh Israel merancang serangan.



Israel berkata, ia telah menahan 19 anggota kumpulan itu di Tebing Barat dan menyasarkan kubu mereka di Gaza.



Perdana Menteri Israel, Encik Yair Lapid, menyifatkan serangan itu sebagai 'operasi menentang keganasan yang tepat terhadap ancaman segera' dan mengumumkan pembunuhan Taysir al-Jabari, yang disifatkannya sebagai komandan kedua Jihad Islam.



Pejuang Jihad Islam berkata pengeboman Israel itu adalah 'pengisytiharan perang', sebelum ia melancarkan 'tindak balas awal' dengan menembak lebih 100 roket ke arah Israel.



Ia kemudian mengumumkan satu lagi tembakan roket, ketika siren serangan udara berbunyi di seluruh selatan dan tengah Israel, dan pegawai di Tel Aviv membuka tempat perlindungan bom di bandar itu.



Tiada laporan segera yang diterima mengenai kematian di Israel.



Tentera pada mulanya mengesahkan sekurang-kurangnya 70 pelancaran roket dari Gaza dan 11 roket jatuh di dalam semenanjung itu, manakala puluhan roket dipintas dan yang lain jatuh di kawasan terbuka.



Hamas sudah berperang dengan Israel sebanyak empat kali, sejak ia menguasai Gaza pada 2007, termasuk konflik pada Mei lalu.



Jihad Islam adalah kumpulan yang berasingan, namun selari dengan Hamas.



Peperangan dengan Jihad Islam berlaku pada 2019, berikutan pembunuhan Baha Abu al-Ata oleh Israel, pemimpin sebelum Taysir. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >