Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel serang Gaza skala kecil sebagai persediaan ‘peringkat seterusnya’

Oct 27, 2023 | 05:23 PM



TEL AVIV/BAITULMAKDIS: Israel berkata tenteranya melakukan serbuan di Gaza pada skala kecil dahulu sebagai persediaan “peringkat operasi seterusnya”, di tengah-tengah kebimbangan bahawa pencerobohan darat ke atas wilayah Palestin itu boleh mencetuskan konflik lebih luas.


Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan kereta kebal dan askar infantrinya telah memasuki utara Gaza secara ringkas pada Khamis sebagai “persediaan untuk peringkat pertempuran seterusnya”.

“Kereta kebal dan infantri IDF menyerang banyak sel pengganas, prasarana dan pos pelancaran peluru berpandu antikereta kebal,” kata IDF dalam catatan di media sosial.

Pada masa sama terdapat laporan mengenai peluru berpandu mengenai bandar sempadan Mesir.

Agensi berita Mesir, Al Qahera, memetik sumber sebagai berkata bahawa peluru berpandu itu menjejas kemudahan perubatan di Taba, bandar peranginan Laut Merah Mesir, berhampiran sempadan Israel pada awal Jumaat. Enam orang cedera dalam kejadian itu.


Al Qahera berkata letupan peluru berpandu itu ada kaitan dengan pertempuran antara Israel dengan Hamas di Gaza. Tentera Israel berkata ia menyedari insiden keselamatan di kawasan itu.


Minggu ini, Israel berkata roket Hamas telah mengena kawasan di luar Eilat, bandar Israel di seberang sempadan dari Taba.

Seorang saksi di Taba, terletak kira-kira 220 kilometer dari Gaza, melaporkan mendengar letupan dan diikuti dengan asap tebal serta debu di kawasan itu.

Militan Palestin dilaporkan bertempur dengan tentera Israel di sekurang-kurangnya di dua kawasan di Jaluran Gaza pada Jumaat, lapor media yang bersekutu dengan Hamas.

Di sempadan berhampiran bandar Rafah pula, Hamas dilaporkan berbalas tembakan dengan tentera Israel, kata laporan itu.

Peperangan antara kedua-dua pihak bermula selepas kumpulan militan Hamas melancarkan serangan di selatan Israel pada 7 Oktober. Lebih 1,400 orang terbunuh.

Israel bertindak balas dengan pengeboman udara ke atas Gaza, yang diperintah Hamas. Israel menegaskan ia mahu memusnahkan kumpulan militan itu.

Tindakan tentera Israel telah membunuh lebih 6,500 orang di Gaza.

Sementara itu, tekanan antarabangsa untuk menghentikan perang antara Israel dengan Hamas meningkat pada Khamis ekoran semakin buruk krisis kemanusiaan di Gaza, di tengah-tengah sekatan dan serangan udara Israel.

Di Brussels, 27 pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mencapai pengisytiharan selepas perbalahan berhari-hari, menyatakan “kebimbangan yang teruk terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza”.

Mereka menggesa “akses dan bantuan kemanusiaan berterusan, pantas, selamat dan tanpa halangan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Jaluran Gaza”.

Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), satu sidang khas Perhimpunan Agung dijadual mengundi pada Jumaat mengenai draf resolusi bagi menggesa gencatan senjata segera dan semua pihak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Setakat pagi Khamis, 74 trak yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza sejak Sabtu, jauh daripada 100 sehari yang menurut PBB diperlukan wilayah itu.

Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), yang membantu pelarian Palestin, berkata ia telah mula mengurangkan operasinya di Gaza kerana hampir kehabisan bekalan bahan api. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >