Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel undur ribuan tentera kurangi intensiti perang di Gaza: Pegawai AS

Jan 02, 2024 | 02:32 PM



WASHINGTON: Keputusan tentera Israel untuk menarik balik beribu-ribu tenteranya dan mengundurkan beberapa kumpulan tenteranya dari Gaza menandakan permulaan peralihan kepada operasi berintensiti rendah di utara wilayah Palestin, walaupun pertempuran masih berlaku di sana, kata seorang pegawai Amerika Syarikat.


Israel menarik keluar kereta kebalnya daripada beberapa daerah di Bandar Gaza pada 1 Januari, kata penduduk, ketika ia mengumumkan rancangan untuk mengalihkan taktik dan mengurangkan jumlah tentera.

Di sebalik langkah tersebut, pertempuran dilaporkan masih berlaku di beberapa kawasan di wilayah Palestin itu.

Rumah Putih berkata Presiden, Encik Joe Biden, sedang bercuti di St. Croix, dan Naib Presiden, Cik Kamala Harris, pula bercakap dengan pegawai keselamatan negara pada 1 Januari melalui telefon mengenai perkembangan terkini di Timur Tengah.

“Ini nampaknya merupakan permulaan peralihan beransur-ansur kepada operasi berintensiti rendah di utara yang telah kami memang galakkan,” kata pegawai itu, sambil menyatakan perubahan itu mencerminkan kejayaan tentera Israel dalam membongkar keupayaan ketenteraan Hamas di sana.

Pegawai itu selanjutnya berkata bahawa pertempuran masih berterusan di utara dan strategi Israel yang disemak semula tidak “mencerminkan sebarang perubahan di selatan”.

Encik Biden telah berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, mengenai objektif Israel dan menghentikan operasi ketenteraannya di Gaza pada 23 Disember, sambil menekankan keperluan untuk melindungi orang awam dan memastikan pembebasan tebusan yang ditahan oleh kumpulan militan Hamas, kata Rumah Putih.

Dalam pada Amerika, sekutu utama Israel, mengekalkan sokongannya kepada Israel, ia turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah korban dan krisis kemanusiaan yang melanda di Gaza.

Pegawai Amerika telah menggesa Israel supaya mengalihkan operasi ketenteraannya di Gaza ke fasa intensiti rendah yang akan merangkumi lebih banyak operasi yang tertumpu kepada menghancurkan kepimpinan Hamas dan infrastrukturnya.

Perang Gaza dicetuskan oleh serangan mengejut Hamas ke atas bandar-bandar di selatan Israel pada 7 Oktober yang menurut Israel telah membunuh 1,200 orang.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin di Gaza yang dikendalikan Hamas pula berkata pengeboman dan serangan darat berterusan Israel di sana telah membunuh lebih 21,978 orang dan mencederakan ribuan lagi.

Israel bertekad memusnahkan Hamas dan sekali gus tidak lagi menimbulkan ancaman terhadap negaranya.

Sasaran perang utama Israel termasuk Encik Mohammed Deif, yang mengetuai sayap tentera Hamas dan menjadi dalang serangan pada 7 Oktober, komandan kedua beliau, Encik Marwan Issa; dan pemimpin Hamas di Gaza, Encik Yahya Sinwar.

Seorang pegawai Israel berkata fasa baru perang itu boleh bertahan selama berbulan-bulan dan akan merangkumi lebih banyak operasi setempat.

Perubahan itu akan membebaskan unit tentera sekiranya berlaku konflik yang lebih luas di utara dengan Hezbollah yang disokong Iran di Lebanon.

Sementara keadaan di Gaza tidak banyak berubah dengan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Palestin terpaksa meninggalkan rumah mereka dan hidup berpindah randah untuk mencari perlindungan di kawasan lebih selamat.

Pertempuran yang berlanjutan dan masalah kekurangan bantuan kemanusiaan, khususnya makanan dan ubat-ubatan, menyebabkan mereka diancam kebuluran dan penyakit berjangkit. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >