Istana Negri Sembilan tarik balik gelaran Datuk Seri bagi Najib dan Rosmah, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Istana Negri Sembilan tarik balik gelaran Datuk Seri bagi Najib dan Rosmah

Oct 26, 2018 | 06:35 PM

SEREMBAN: Pemimpin negeri barat Malaysia, Negri Sembilan, telah menarik balik gelaran Datuk Seri Utama yang dikurniakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak serta gelaran serupa yang ia beri kepada isterinya Rosmah Mansor.

Keputusan itu dibuat demi menjaga kebesaran dan kehormatan institusi diraja Negri Sembilan, kata seorang pegawai istana.

Istana telah menarik balik Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS), yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, yang ia beri kepada Najib pada 2005, dan gelaran Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J.) yang ia anugerahkan kepada Rosmah pada 2006.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik berkata keputusan itu dibuat hari ini (26 Oktober) semasa mesyuarat khas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat yang diadakan di istana pemimpin negeri Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Najib bagaimanapun masih memegang gelaran Datuk Seri dari negeri-negeri lain termasuk Pahang, Melaka, Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Rosmah difahamkan masih memegang gelaran Datuk Seri dari Pahang, Melaka, Sabah, Sarawak, Kedah dan Selangor. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map