Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INSIDEN TEMBAKAN DI TEXAS

Isu kawal, beli, miliki senjata api di AS: Kawalan ketat perlu disegerakan

PANDANGAN,JABBAR HANIEFF

May 27, 2022 | 05:30 AM



SUSAH sangat kelihatannya untuk mengawal orang awam membeli, memiliki dan menggunakan senjata api di Amerika Syarikat.



Cuba perhatikan - tahun ini sahaja, sudah lapan kejadian penembakan pembunuhan beramai-ramai berlaku.



Baru 10 hari lalu, seorang remaja berusia 18 tahun membunuh 10 warga Amerika keturunan Afrika di sebuah pasar raya di New York.



Kelmarin, 19 murid sebuah sekolah rendah pula menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan dua guru mereka juga terbunuh.



Kita belum dapat melupakan kejadian 10 tahun lalu apabila seorang lelaki dengan membabi buta melepaskan tembakan membunuh 20 murid dan enam yang lain di sekolah rendah Sandy Hook di Newtown.



Tragedi itu berulang empat tahun kemudian apabila 17 pelajar sebuah sekolah tinggi di Florida menjadi mangsa pembunuhan penembakan ini.



Namun, sekatan terhadap pembelian dan pemilikan senjata api ini tidak memberi kesan seperti yang diharapkan.



Bermacam-macam jenis dan bentuk senjata api, murah dan boleh dibeli di mana-mana sahaja di seluruh Amerika.



Setiap kali apabila berlaku kejadian penembakan seperti ini, maka sibuk juga orang perdebatkan isu pemilikan senjata ini.



Sepertinya tidak ada perasaan kesal dan serik yang tersemat di hati mereka walaupun bermacam-macam rintihan dan kesedihan diluahkan apabila tragedi ini berlaku.



Bak kata orang, cakap tak serupa buat. Malah di Texas sendiri yang kerap berlaku kejadian penembakan ini, bantahan selalu dibuat apabila ada usaha untuk menangani isu pemilikan senjata api ini.



Ada yang sanggup menyalahkan mereka yang menyuarakan bantahan.



Mereka menuduh pula kononnya orang ramai menggunakan alasan kejadian itu bagi menidakkan hak orang awam di bawah Perlembagaan Amerika yang membolehkan pembelian dan pemilikan senjata api.



Tahun lalu, satu tinjauan Pew mendapati hanya 53 peratus saja rakyat Amerika yang mahukan kawalan senjata api yang ketat, sementara hanya 49 peratus yang berpendapat kawalan senjata ketat boleh mengurangkan kejadian penembakan pembunuhan beramai-ramai ini.



Malah di Texas baru-baru ini, syarikat-syarikat perniagaan di sini dipaksa mengambil sikap berkecuali mengenai isu kawalan senjata api jika tidak mahu hilang perniagaan mereka.



Kebanyakan mereka berpendapat, pemilikan dan penggunaan senjata api dalam kalangan orang awam adalah lebih bagi melindungi diri sendiri.



Reaksi ahli politik konservatif terhadap tragedi penembakan kelmarin adalah supaya para guru segera dibenarkan membawa senjata api.



"Kita boleh benarkan mereka bersenjata, melatih guru-guru dan kakitangan pentadbiran untuk bertindak segera kerana hakikatnya kita tidak mempunyai sumber yang cukup bagi menyediakan pasukan penguatkuasa hukum di setiap sekolah," kata Peguam Negara Texas, Encik Ken Paxton.



Pandangan itu dibantah oleh guru dan aktivis yang mahukan kawalan senjata yang ketat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >