Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu kerakyatan: Pemain, jurulatih Wild Boars tak terkecuali ikut aturan

Jul 16, 2018 | 05:19 PM



CHIANG RAI: Ketua daerah Mae Sai di Chiang Rai, utara Thailand, menekankan bahawa kewarganegaraan diberi berdasarkan undang-undang, dan tidak ada pengecualian yang akan dibuat bagi tiga pemain bola sepak kanak-kanak dan jurulatih mereka yang diselamatkan dari gua Tham Luang.



“Saya faham bahawa masyarakat mahu budak-budak lelaki yang diselamatkan itu mendapatkan kewarganegaraan, tetapi kita harus mematuhi undang-undang,” kata ketua daerah Mae Sai, Encik Somsak Khanakham, lapor akhbar The Nation hari ini.



Beliau membuat kenyataan tersebut selepas laporan berita mengatakan bahawa beberapa ahli Akademi Mu Pa, akademi pasukan bola sepak Wild Boars yang dianggotai budak-budak itu, ialah penduduk tanpa kerakyatan Thailand.



Seramai 12 anggota Wild Boars dan jurulatih mereka terperangkap dalam gua Tham Luang di Chiang Rai lebih dua minggu sebelum operasi menyelamat berbahaya berjaya mengeluarkan mereka daripada dua tersebut.



Seorang bekas anggota pasukan Seal Angkatan Laut Thai, mendiang Saman Gunan, terkorban dalam misi menyelamat itu.



Encik Somsak berkata empat daripada mereka dalam kumpulan itu yang tidak mempunyai kerakyatan Thailand ialah jurulatih Ekkapon Chantawongse, 25 tahun; Pornchai Khamluang, 16 tahun; Mongkol Boonpium, 13 tahun; dan Adul Samon, 14 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >