SIDANG PUNCAK G-20
Isu perang dagang AS-China mungkin kuasai agenda
Jun 28, 2019 | 05:30 AM
OSAKA (Jepun): Presiden China, Encik Xi Jinping, mendarat di Osaka semalam, menjelang apa yang dijangka menjadi sidang puncak Kumpulan 20 (G-20) yang bergolak berhubung perdagangan.
Dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengecam Beijing dan berikrar akan mengenakan lebih banyak tarif, perang perdagangan panjang antara dua ekonomi terbesar dunia itu nampaknya akan menguasai agenda sidang puncak tersebut, yang bermula hari ini.