Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu pilihan raya bayangi sidang akhir Parlimen M'sia tahun ini

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Parlimen Malaysia akan bersidang Isnin ini bagi mesyuarat terakhirnya tahun ini, yang juga berpotensi menjadi mesyuarat terakhir bagi kumpulan penggubal undang-undang semasa, di tengah-tengah perbincangan mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen yang membuka laluan bagi pilihan raya umum (PRU) awal.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan berusaha membincang dan meluluskan beberapa agenda perundangan semasa mesyuarat selama 32 hari itu, walaupun tempoh itu hampir pasti akan dipendekkan jika kerajaan tunduk kepada tuntutan daripada sebahagian puak Umno untuk mengadakan PRU tahun ini.



Dengan musim tengkujuh - yang biasanya berlangsung hampir sepanjang Disember dan dijangka mengakibatkan banjir di beberapa negeri - PRU pada November dilihat sebagai tempoh paling realistik.



Namun, ini bermakna membubarkan Parlimen lebih awal daripada tarikh tamatnya pada 29 November, lapor The Straits Times (ST).



Kerajaan telah pun membawa persidangan Parlimen tiga minggu lebih awal - memberi pilihan untuk membubarkan Dewan Rendah selepas belanjawan negara dibentangkan pada 7 Oktober.



Namun, Datuk Seri Ismail Sabri - yang dikatakan mahu menangguhkan PRU sehingga tahun depan kerana beliau ingin mengukuhkan kedudukannya dalam Umno dan mengekalkan jawatan perdana menteri - masih mempunyai beberapa agenda perundangan yang tertunggak.



Satu rang undang-undang mengenai pembiayaan politik dan langkah mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri adalah antara undang-undang penting yang kerajaannya telah komited sebelumnya.



Tetapi masih tidak jelas sama ada kedua-dua rang itu telah mendapat sokongan politik yang mencukupi di Parlimen yang berpecah-belah.



Kerajaannya juga tidak memberi sebarang maklumat terkini mengenai cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada maksimum dua penggal lima tahun, walaupun ia terkandung dalam perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) antara Datuk Seri Ismail Sabri dengan blok pembangkang terbesar Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani tahun lalu.



Beliau memerlukan sokongan dwipartisan buat kebanyakan perundangan utama dan rang undang-undang perbekalan di Parlimen, kerana mengetuai kerajaan campuran dengan hanya majoriti satu angka.



Kerajaannya berjaya meluluskan undang-undang membendung lompat parti hanya pada Julai, walaupun versi awal rang itu telah tersedia seawal April.



Penganalisis percaya sekiranya Datuk Ismail Sabri gagal memenuhi agenda perundangannya pada mesyuarat akan datang, ini tidak akan menjejas sokongan yang diterimanya daripada PH kerana kedua-dua pihak perdana menteri dan pembangkang mahu perkara sama - pilihan raya diadakan tahun depan.



"Walaupun secara terbuka pembangkang akan menggesa perdana menteri memenuhi semua perkara (dalam CSA)... tidak mungkin mereka menarik balik sokongan atau memulakan undi tidak percaya terhadap Ismail Sabri.



"Fokus utama mereka sekarang ialah PRU dan mahu ia diadakan tahun depan," kata Timbalan Pengarah urusan Bower Group Asia, Encik Asrul Hadi Abdullah Sani, kepada ST.



Satu puak dalam Umno yang bersekutu dengan presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendesak pilihan raya diadakan tahun ini sedang ia mahu memanfaatkan kemenangan Umno dalam pilihan raya negeri di Melaka dan Johor.



Namun Datuk Ismail Sabri, yang memegang jawatan naib presiden dalam Umno, sedang berusaha menangguhkan PRU untuk mengukuhkan kedudukannya supaya beliau boleh kembali sebagai calon perdana menteri sekiranya Umno menang pilihan raya akan datang, yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada September tahun depan.




“Walaupun secara terbuka pembangkang akan menggesa perdana menteri memenuhi semua perkara (dalam CSA)... tidak mungkin mereka menarik balik sokongan atau memulakan undi tidak percaya terhadap Ismail Sabri.



Fokus utama mereka sekarang ialah PRU dan mahu ia diadakan tahun depan.”



– Timbalan Pengarah Urusan Bower Group Asia, Encik Asrul Hadi Abdullah Sani.




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >