Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu salam wanita: Tengku Mahkota Johor guna video jawab kritikan

Feb 24, 2016 | 12:22 PM



PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjawab kritikan netizen berhubung tindakannya bersalaman dengan isteri pemain Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim.


Selain itu menerusi posting di laman Facebook Johor Southern Tigers, turut disiarkan klip video selama 16 saat menunjukkan Tunku Ismail bersalaman dengan dua wanita secara berlapik.


Namun, Tunku Ismail tidak memakai sarung tangan biasa sebaliknya sarung tangan berwarna hijau menyerupai tangan watak adiwira Hulk.


Terdahulu melalui kenyataan di laman Facebook yang sama, Tunku Ismail turut membidas sesetengah individu yang disifatkannya mahu menjadi "Ustaz atau mufti negeri".


"Hanya Allah boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka.


"Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian," katanya.


Sebelum ini, foto isteri Safiq Rahim bersalaman dengan Tunku Ismail ketika meluangkan masa di kafe milik kapten kelab bola sepak itu mendapat kritikan daripada netizen.


Selain itu Tunku Ismail berkata beliau sentiasa berpegang pada prinsip yang diajar sejak kecil selain berpandukan Al-Quran.


"Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor.


"Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang kepada anda.


"Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya," katanya. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >