Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Isu sama ada PN dapat bertahan sebagai kerajaan sukar dipastikan'

Jul 09, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin, melantik dua pemimpin kanan Umno - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri - dan langkah Umno menarik balik sokongan bagi Tan Sri Muhyiddin dianggap sebahagian pengamat di sini sebagai "keputusan yang telah dijangka".



Ini kerana kedua-dua pihak dilihat cuba memperpanjang talian hayat politik masing-masing "selagi boleh", ditengah-tengah cabaran mengatasi kemelut kepimpinan politik negara dan kepartian.



Pengamat politik Maarof Salleh berkata keputusan Tan Sri Muhyiddin itu mencerminkan kesedaran beliau akan kesan tindakan Umno ke atas kepimpinannya dan masa depan kerajaan Perikatan Nasional (PN).



"Apa yang berlaku merupakan satu perkara yang ramai telah jangkakan. Soalnya ialah masa pengumumuman itu dan mengapa sekarang? Saya fikir kedua-dua pihak sudah siap sedia menghadapi langkah yang diputuskan.



"Bagi Tan Sri Muhyiddin, saya fikir beliau tahu masa depan beliau semakin kelam dan pembentukan Kabinetnya menunjukkan Umno tidak dominan meskipun mempunyai jumlah kerusi paling besar dalam perikatan PN.



"Jadi pelantikan itu mungkin strategi beliau untuk mengukuhkan kedudukannya dan pada masa yang sama memujuk Umno supaya merubah fikiran," ujar mantan zamil kanan di Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) itu.



Semasa dihubungi Berita Harian semalam, Encik Maarof berkata beliau tidak menafikan pelantikan Datuk Ismail dan Datuk Hishammuddin bersandarkan keupayaan mereka dalam menjalankan tugas, tetapi berkata sama ada ia diterima oleh Umno atau tidak "harus dilihat dengan fikiran terbuka".



PN, yang didaftarkan pada Ogos tahun lalu, ialah gabungan lima parti: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).



Meski Umno memberi sokongannya kepada PN sebelum ini, ia bukan parti komponennya, sebaliknya ia mengetuai pakatan Barisan Nasional (BN), melibatkan Umno, Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).



Selain itu, Umno dan Pas menjalin hubungan menerusi kesepakatan Muafakat Nasional (MN), yang dimeterai pada September 2019.



Bagi Penganalisis Kanan Ehwal Antarabangsa di Solaris Strategies Singapore, Dr Mustafa Izzuddin, pelantikan yang dibuat Tan Sri Muhyiddin mengesahkan lagi kebergantungannya dan gagasan PN pada Umno.



"Tan Sri Muhyiddin cuba menyakinkan Umno bahawa ia komponen penting dalam PN dan langkah pelantikan itu adalah isyarat jelas akan peranan dan pengaruh parti itu dalam perikatan kerajaan.



"Cuma satu hal yang mengenjotkan usaha ini ialah, kemungkinan Tan Sri Muhyiddin tidak mendapat persetujuan dan pengesahan Umno terlebih dahulu bagi pelantikan itu.



"Jadi ini mungkin mengeruhkan lagi hubungan antara PN dan Umno dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)," ujar beliau kepada BH.



Pada masa sama, Tan Sri Muhyiddin dilihat condong menyokong puak tidak menyebelahi presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang sedang berdepan tuduhan rasuah.



"Kemungkinan langkahnya memecahbelahkan Umno sukar dinafikan," kata Dr Mustafa.



Menurut beliau, krisis yang berlaku ini bermula dengan titah Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, agar Parlimen kembali bersidang bagi menghuraikan pelbagai isu yang dihadapi rakyat dalam berdepan pandemik Covid-19.



Al-Sultan Abdullah pada 29 Jun menitahkan Parlimen perlu bersidang "secepat mungkin".



Ini dilihat sebagai satu 'kemenangan' bagi Umno, yang menolak tindakan Tan Sri Muhyiddin mengumumkan Proklamasi Darurat dalam usaha kerajaan menangani Covid-19.



"Dengan mengumumkan pelaksanaan Darurat, kerajaan PN dilihat lebih berpolitik daripada mendahului usaha menangani penularan jangkitan Covid-19 yang seharusnya diutamakan.



"Umno pula dilihat bertindak mendadak dengan keputusan menarik balik sokongan bagi PN dan Tan Sri Muhyiddin. Ini juga dilihat sebagai bermain politik," kata Encik Maarof.



Bagi Umno, pengisytiharan Darurat tidak lebih daripada strategi politik Tan Sri Muhyiddin, presiden Bersatu, untuk mengekalkan kuasanya dan hayat PN dalam pembentukan kerajaan.



Datuk Dr Ahmad Zahid, dalam kenyataannya awal dinihari semalam, mengatakan keputusan menarik balik sokongan itu dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno selepas partinya mendapati Tan Sri Muhyiddin gagal terutamanya dalam mengurus ekonomi negara, Covid-19 dan bantuan kepada rakyat.



Menjelaskan tindakan itu, timbalan presiden Umno, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, berkata pendirian Umno "berpaksikan aspirasi rakyat, demi rakyat dan untuk rakyat".



"Bila sistem kesihatan semakin parah, ekonomi merudum dan memburuk, kemiskinan meningkat, mereka yang membunuh diri semakin banyak, kelaparan telah menjadi nyata, bendera putih, hitam dan segala warna telah dikibarkan, demokrasi diselewengkan, malah institusi Raja disanggah dengan tiada susila, Umno tidak boleh menjadi sebahagian dari kemelesetan ini," tulis beliau di Facebook semalam.



Umno katanya lagi, mesti senafas dengan kesusahan rakyat, bukan kuasa dan kedudukan.



"Fitrah Umno adalah parti untuk orang kebanyakan serta biasa-biasa, maka untuk merekalah Umno harus bersuara dan berjuang," ujar beliau.



Dr Mustafa berkata tindakan Umno itu boleh menyebabkan Parlimen lumpuh kerana PN mungkin hilang majoriti.



"Umno mungkin bersikap berkecuali dan tidak menyebelahi Pakatan Harapan di pihak pembangkang.



"Jadi antara sekarang hingga 26 Julai apabila parlimen kembali bersidang, kesemua parti utama akan berusaha menarik sokongan bagi mengabsahkan kedudukan masing-masing.



"Jadi apakah kerajaan PN akan kekal sebagai kerajaan bila parlimen bersidang kelak sukar dijawab sekarang," kata Dr Mustafa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >