Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu tangkap ikan: KL panggil duta China

Apr 01, 2016 | 09:25 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia memanggil duta Beijing pada Khamis (31 Mac) berhubung dakwaan bahawa 100 kapal China menangkap ikan di perairan Malaysia di Laut China Selatan sejak minggu lalu.



Kementerian Ehwal Luar Malaysia berkata ia telah mengesahkan dengan pihak berkuasa tempatan laporan bahawa bot itu diiring kapal pengawal pantai China semasa mereka dilihat di luar pantai Sarawak pada 24 Mac.



Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan ia memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, pada Khamis "untuk mendapatkan penjelasan dan juga untuk mendaftar kebimbangan Malaysia berhubung perkara itu".



Ia berkata ia yakin memandangkan hubungan dua hala dengan China telah dinaikkan kepada perkongsian strategik menyeluruh, satu "penyelesaian baik" akan ditemui. Tetapi ia tidak menyatakan apa hasil mesyuarat dengan duta tersebut.



Walaupun tentera laut Malaysia menegaskan pada Isnin bahawa tidak ada kapal nelayan asing dikesan di perairan di laut yang kaya dengan sumber itu, pihak berkuasa maritimnya berkata pada Selasa ia telah mengekori hingga 100 bot China yang sedang menangkap ikan di luar pantai Sarawak dari 24 Mac hingga Ahad lalu.



Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata bot itu dikesan melalui pengawasan udara. Ia mengeluarkan gambar kapal tersebut, termasuk dua kapal pengawal pantai China.



Percanggahan itu melewatkan tindakana Kementerian Ehwal Luar terhadap China walaupun laporan mengenai pencerobohan tersebut timbul minggu lalu.



China rakan dagangan utama Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >