Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Italy akan lanjutkan sekatan akibat koronavirus

Mar 19, 2020 | 05:36 PM



ROME: Langkah sekatan yang diambil di Italy berhubung wabak koronavirus akan dilanjutkan melebihi tarikh akhir asalnya, kata Perdana Menteri Giuseppe Conte pada Khamis (19 Mac).



Dikuat kuasa di seluruh negara pada 12 Mac, penutupan kebanyakan perniagaan dan larangan ke atas perhimpunan awam di Italy, negara Eropah yang paling teruk dilanda wabak itu, sepatutnya berakhir pada 25 Mac.


Penutupan sekolah dan langkah lain, seperti larangan kehadiran penyokong di acara sukan, sepatutnya berterusan hingga 3 April.


"Langkah yang kami ambil ... mesti dilanjutkan melebihi tarikh akhir asalnya," kata Encik Conte kepada akhbar Corriere della Sera.


Beliau meluahkan harapan negara itu akan mencapai kemuncak dalam beberapa hari dan melihat penurunan dalam kadar jangkitan.


Pandemik itu membunuh 475 orang di Italy antara Selasa dengan Rabu, jumlah paling tinggi di sesebuah negara dalam sehari.


Hampir 3,000 orang telah meninggal dunia akibat virus itu di Italy, hampir sama banyak dengan China, di mana pandemik itu bermula pada hujung Disember. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >