Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Italy hadapi krisis harga pasta, naik 17.5%

May 06, 2023 | 05:30 AM



MILAN (Italy): Menteri Industri Italy, Encik Adolfo Urso, pada Khamis lalu menyeru supaya diadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang krisis harga pasta, makanan utama yang amat digemari di negara itu, berikutan kenaikan harga hampir sekali ganda daripada kadar inflasi negara itu.



Kementerian di bawah urusan Encik Urso itu berkata kos pengeluaran spageti dan lain-lain jenis pasta, meningkat sebanyak 17.5 peratus pada Mac 2023, sekalipun harga gandum merosot.



Pada Mac lalu, harga pengguna yang diselaraskan Kesatuan Eropah, meningkat secara keseluruhannya sebanyak 8.1 peratus.



Mesyuarat krisis itu akan dipengerusikan oleh badan pemantau inflasi yang dilantik pemerintah, bakal diadakan pada 11 Mei ini.



Ia adalah mesyuarat pertama bagi jawatankuasa itu yang dibentuk bagi memantau kenaikan harga yang luar biasa, kata kementerian itu.



Pihak-pihak berkuasa yang berwibawa dan persatuan-persatuan pedagang dan pengguna, juga akan menyertai mesyuarat itu.



Inflasi di Italy meningkat lebih tinggi pada April 2023, mencapai 8.8 peratus, gara-gara kenaikan baru harga, menurut agensi perangkaan nasional Italy (Istat), pada Selasa lalu.



"Inflasi sebenar, harga makanan segar dan tenaga, berada pada kadar stabil iaitu 6.8 peratus," menurut Istat. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >