KUALA LUMPUR: Siasatan global ke atas skandal 1MDB semakin meluas apabila pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan telah memohon butiran urusan firma pelaburan negara itu daripada Deutsche Bank dan JPMorgan.
Memetik sumber perbankan, Reuters melaporkan pegawai Amerika telah melawat Kuala Lumpur dan bercakap dengan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan firma itu.