Jabatan Kehakiman AS minta dua bank beri butir urusan dengan 1MDB, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Jabatan Kehakiman AS minta dua bank beri butir urusan dengan 1MDB

Apr 01, 2016 | 12:04 PM

KUALA LUMPUR: Para pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah meminta bank Deutsche Bank dan JPMorgan memberi butiran urusan mereka dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sedang siasatan global ke atas syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu melebar, kata sumber perbankan pada Jumaat (1 April).

Para pegawai Amerika itu juga telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bercakap bersama orang yang mempunyai hubungan rapat dengan syarikat tersebut, tiga sumber memberitahu Reuters.

Mereka berkata JPMorgan dan Deutsche bukan sasaran siasatan pada peringkat ini, tetapi hanya diminta memberi butiran.

Kedua-dua bank itu dan Jabatan Kehakiman Amerika enggan mengulas. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map