Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jack Ma akan buka institut bagi usahawan teknologi di Indonesia

Oct 22, 2018 | 06:23 PM



BALI - Jack Ma, pengerusi eksekutif Alibaba Group Holding China, berkata Sabtu lalu (20 Oktober) yang beliau merancang membuka sebuah institut untuk melatih ribuan usahawan teknologi di Indonesia, di mana beliau merupakan penasihat kepada pemerintah mengenai perniagaan elektronik.



Ma tidak memberitahu bila Institut Usahawan Jack Ma itu akan dilancarkan, namun berkata sasarannya adalah melatih 1,000 pemimpin teknologi setahun dalam masa 10 tahun akan datang.



"Kami sedang memberi banyak peluang untuk orang Indonesia muda belajar," Ma memberitahu wartawan selepas menemui menteri Indonesia di samping pertemuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang dihoskan Indonesia.



Pengasas bersama Alibaba, firma perniagaan elektronik terbesar China, itu berkata adalah penting bagi Indonesia melabur dalam modal insan kerana "hanya selepas orang ramai diperbaiki, apabila pemikiran orang ramai berubah, apabila kemahiran orang ramai diperbaiki, baru kita boleh memasuki zaman digital."



Indonesia mempunyai kekurangan jurutera terlatih dalam teknologi dan institut itu juga akan melatih ratusan pembangun dan jurutera tentang  pengkomputeran awan   untuk membantu menjadikan perniagaan Indonesia lebih celik digital.



Negara itu adalah pasaran utama bagi Alibaba, yang cabang  pengkomputeran awan   Alibaba Cloud melancarkan pusat data di Indonesia Mac lalu. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >